Samsung Galaxy A9 Pro (2016) Terima Kemaskini Android Oreo

Samsung Galaxy A9 Pro (2016) akhirnya menerima kemaskini Android 8.0 Oreo seperti yang dijanjikan oleh Samsung, iaitu memberi jaminan kemaskini versi Android selama dua tahun. Ini bermaksud, pihak Samsung mengotakan janji mereka kepada pengguna.

Kemaskini tersebut dikeluarkan melalui OTA dan pengguna perlu memuat turun file kemaskini bersaiz sebesar 2.03GB, satu saiz yang amat besar bagi kami. Tiada senarai perubahan atau ciri-ciri baru dikongsikan buat masa ini kecuali antaramuka baru Samsung Experience 9 berasaskan Android 8 Oreo.

Untuk menyemak samada peranti Samsung Galaxy A9 Pro (2016) anda telah menerima kemaskini yang dimaksudkan, pergi ke bahagian Tetapan peranti masing-masing. Dengan kemaskini Android 8 Oreo ini, ia bermaksud peranti ini tidak akan menerima lagi kemaskini utama yang berasaskan Android 9.0 Pie.

Jika dilihat dari senarai kemaskini rasmi yang dikeluarkan oleh Samsung, Samsung Galaxy A9 Pro (2016) menerima kemaskini tersebut dua bulan lebih awal daripada apa yang dikatakan. Ini merupakan satu berita baik buat anda yang masih setia bersama Samsung Galaxy A9 Pro (2016) di penghujung tahun 2018.

Dalam satu perkembangan lain. Samsung Galaxy A9 edisi tahun 2018 telah pun dilancarkan di Malaysia, dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan premium termasuk gimik empat buah kamera dibahagian belakang. Buat masa ini, tiada maklumat rasmi mengenai harga yang akan ditawarkan untuk Samsung Galaxy A9 2018 tersebut.

sumber : gsmarena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here