ROM Google Pixel 3 XL Boleh Digunakan Pada OnePlus 6

Antara kelebihan menggunakan telefon pintar Android ialah kebolehan untuk mencuba sistem operasi smartphone lain pada smartphone yang berbeza. Terkini ialah rom Google Pixel 3 kini boleh dicuba pada smartphone flagship OnePlus iaitu OnePlus 6.

Pihak pembangun peranti OnePlus 6 berjaya mengubahsuai rom Google Pixel 3 untuk digunakan pada peranti OnePlus tersebut, sekaligus memberi peluang kepada pengguna untuk mencuba sendiri perisian Google Pixel 3 pada peranti mereka.

Ia walaubagaimanapun, masih dalam peringkat awal dan tidak berapa stabil untuk kegunaan seharian. Beberapa perkara penting masih tidak berfungsi dengan baik, termasuk sistem kamera yang terdapat pada Google Pixel 3, yang merupakan kelebihan utama peranti milik Google tersebut.

Baca : Custom Rom Kini Tidak Lagi Relevan ?

Rom ini diambil dan diubahsuai secara terus daripada rom asal yang hadir bersama Pixel 3 dan bukan berasaskan rom AOSP atau LineageOS 16. Jadi secara asasnya, segala perkara asas yang terdapat pada Pixel 3 boleh digunakan pada OnePlus 6 kecuali beberapa isu yang sedang diselesaikan oleh pembangun rom tersebut, antaranya :

  • Sistem bunyi tidak berfungsi termasuk notifikasi, nada dering dan lain-lain.
  • Sistem kamera Pixel 3 (gunakan GCam sebagai alternatif)
  • Tetapan kadar kecerahan skrin yang berada dalam keadaan 100% cerah.
  • Auto-rotation yang tidak berfungsi
  • dll

Jika anda seorang pengguna advance dan mempunyai ruang serta waktu untuk mencuba rom ini, rujuk pautan yang kami kongsikan dibawah ini. Namun, harus diingat, ianya masih dalam peringkat percubaan dan tidak stabil.

Forum OnePlus 6  | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here