Razer Raiju Mobile – Gamepad Smartphone Berharga RM729

Razer Raiju Mobile merupakan aksesori yang diperkenalkan bersama-sama dengan smartphone terbaru Razer iaitu Razer Phone 2 yang boleh digunakan  peranti pintar lain apabila dijual kelak.

Semakan kami pada halaman rasmi Razer menunjukkan Razer Raiju Mobile akan dijual pada harga mencecah RM729 seunit. Gamepad ini lengkap dengan sambungan Bluetooth dan butang permainan yang boleh dipetakan mengikut permainan dan citarasa pengguna.

Baca : Razer Phone 2 – Apa Kelebihan Smartphone Ini?

Sambungan pada smartphone boleh dilakukan melalui Bluetooth ataupun wayar kabel USB Type-C yang disediakan. Razer Raiju Mobile ini bagaimanapun hanya menyokong peranti Android yang menggunakan Android 6.0 Marshmallow keatas.

Baca : Harga Asus ROG Phone Di Malaysia Bermula RM3499 ? – Berbaloi?

Menariknya, menurut CNET, alat kawalan gamepad ini akan turut menyokong penggunaan  pada komputer yang menjalankan Windows  7 keatas. Ini membenarkan pemain untuk menukar mode dari smartphone kepada bermain di PC semudah ABC. Bateri yang terdapat pada Razer Raiju Mobile ini mampu bertahan  selama 23 jam penggunaan, dan ini memberi kelebihan buat pengguna kelak.

sumber : razer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here