Razer Phone 2 – Apa Kelebihan Smartphone Ini?

Razer Phone 2 kini diperkenalkan secara rasmi pada acara pelancarannya hari ini. Namun, yang menjadi tanda tanya ialah, apa kelebihan smartphone ini jika hendak dibandingkan dengan model lain terutamanya Asus ROG Phone yang bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Razer Phone 2 dilengkapi dengan spesifikasi yang tidak boleh dipandang rendah. Cip pemprosesan Snapdragon 845 digunakan bagi memastikan ia terus menguasai carta smartphone terbaik, ram sebesar 8GB dikekalkan dari model generasi pertama, rekabentuk yang sama dan tidak jauh berbeza dengan Razer Phone asal, skrin 5.72” LCD panel dengan resolusi QHD dan refresh rate 120Hz juga sama dengan model terdahulu. Razer Phone 2 juga menggunakan bateri sebesar 4,000mAh dan kamera yang ditambahbaik iaitu 12 megapiksel dan 8 megapiksel dibahagian hadapan.

Ciri-ciri tambahan lain termasuk ia kini menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar, integrasi sistem lampu Chroma yang terdapat pada aksesori Gaming Razer, sistem penyejukan berasaskan  wap, kalis air dengan rating IP67 dan speaker yang ditambahbaik.

Seperti Razer Phone generasi pertama, Razer Phone 2 turut tidak mempunyai headphone jack atau bicu audio, Razer bagaimanapun menyertakan aksesori tambahan sambungan USB Type-C ke audio jack. Berita baik bagi penggemar audio berkualiti tinggi dan audiophile, Razer Phone 2 kini dilengkapi 24bit DAC yang menjanjikan pengalaman mendegar audio yang lebih baik.

Seperti Asus ROG Phone, Razer Phone 2 juga akan hadir dengan sokongan aksesori tambahan seperti gamepad premium yang dipanggil Razer Raiju Mobile. Apa yang menariknya ialah gamepad ini boleh digunakan oleh semua smartphone flagship yang ada pada hari ini.

Razer Raiju Mobile

Razer Phone 2 akan mula dijual pada harga $799 (RM3323) bagi versi asas Mirror Glass manakala versi Satin Glass akan dijual pada harga mencecah $899 USD (RM3739). Tiada maklumat rasmi mengenai penawaran Razer Phone 2 di Malaysia setakat ini.

Untuk perbandingan, ASUS ROG Phone akan mula dijual di Malaysia pada 22 Oktober ini dengan harga jangkaan RM3499 bagi versi 128GB dan mencecah RM3999 bagi versi 512GB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here