5 Perkara Baru Pada Google Pixel 3 – Anda Patut Tahu!

Google Pixel 3 telah pun dilancarkan dan dijual secara rasmi oleh Google pada 10 Oktober 2018, menyaksikan dua model Pixel diperkenalkan iaitu Pixel 3 dan Pixel 3 XL. Pengumuman peranti Pixel kali ini agak kurang mengujakan memandangkan hampir semua maklumat mengenai smartphone tersebut telah pun diketahui umum berbulan lebih awal.

Di Malaysia, anda boleh mula menempah peranti ini pada harga bermula RM3999 bagi versi asas dan mencecah RM4449 versi 128GB. Tempahan awal Google Pixel 3 XL pula bermula pada harga RM4449 bagi versi 64GB dan menjangkau RM4899 versi 128GB. Kesemua tempahan dibuka oleh Techbug.my.

Jadi apa yang baru pada peranti Pixel kali ini ? Kerana pada mata kasar, seakan tak banyak perubahan diperkenalkan. Berikut antara yang kami boleh senaraikan mengenai perkara baru Google Pixel generasi ketiga ini.

SKRIN

Skrin Google Pixel 3 kini lebih besar, lebih baik dan lebih huduh untuk model XL (dem notch). Jika anda menonton video MKBHD mengenai tanggapan awal beliau terhadap Pixel 3 XL, notch pada smartphone tersebut tidak mempunyai apa-apa fungsi istimewa selain daripada dwin-lensa kamera dan stereo speaker.

BATERI

Lebih kecil dan lebih besar. Pixel 3 kini mempunyai saiz bateri yang lebih besar berbanding Pixel 2 (2915mAh vs 2700mAh). Berbeza dengan Pixel 3 XL, Google mengambil keputusan untuk mengurangkan saiz bateri kepada 3430mAh berbanding 3520mAh pada Pixel 2 XL.

Cip pemprosesan Snapdragon 845 pada Pixel 3 dikatakan telah dioptimasi sepenuhnya untuk tujuan penjimatan bateri, sekaligus memadam kegusaran pengguna mengenai prestasi bateri Pixel 3 kelak. Sejauh kebenarannya, kita lihat ulasan yang akan dikeluarkan pengulas di seluruh dunia.

Kamera

Masih single dibahagian belakang (12 megapiksel ) akan tetapi menggunakan dwi-lensa pada bahagian hadapan ( 8 megapiksel ). Apa yang baru pada kamera utama Pixel 2018 ini ? Itu dapat dilihat pada bahagian software dimana Google telah menambah pelbagai fungsi tambahan termasuk meningkatkan keupayaan A.I kamera Pixel 3. Kamera utama Pixel 3 juga menggunakan sensor baru yang jauh lebih baik berbanding Pixel 2.

Antara ciri yang ada pada kamera Pixel 3 ialah Top Shot ( A.I akan tentukan dan rekemen gambar terbaik kepada pengguna), Super Res Zoom ( satu ciri dimana kamera Pixel 3 meniru keupayaan lensa telephoto walaupun tidak dilengkapi lensa telephoto, menghasilkan gambar digital zoom yang sangat baik), Night Sight ( A.I. berupaya menghasilkan gambar yang amat baik dalam keadaan kurang cahaya tanpa bantuan flash) dan beberapa yang lain.

Kamera 8 megapiksel dwi-lensa pada bahagian hadapan kini mampu mengambil gambar dengan lebih baik dan sudut yang lebih luas.

Pengecasan Tanpa Wayar

Ini baru untuk siri Google Pixel akan tetapi tidak untuk Google Nexus ( Nexus 4 dah lama sokong wireless charging). Penambahan ciri ini menjadikan Pixel 3 mempunyai kualiti binaan yang lebih premium. Gorilla Glass 5 digunakan pada bahagian belakang peranti ini disertakan dengan tekstur unik menjadikan ia kalis cap jari dan kotoran berminyak.

Titan M Security

Bukan sekuriti Tun M, itu lain. Google kini menggunakan cip sekuriti Titan M pada Pixel 3 sekaligus meningkatkan tahap keselamatan peranti ini.

Itu 5 perkara baru yang dapat saya kongsikan kepada anda mengenai Google Pixel 3. Sebelum terlupa, dengan hadirnya ciri-ciri baru, sudah pasti harga baru akan menyusul. Google Pixel 3 sebenarnya jauh lebih mahal berbanding harga pengenalan Google Pixel 2.

Pada harga bermula $799 US Dollar, ianya $150 USD lebih mahal untuk Pixel 3 dan Pixel 3 XL adalah $50 USD lebih mahal berbanding Pixel 2 XL.

Apa pendapat anda mengenai Google Pixel 3 kali ini ?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here