OPPO R19 Bakal Hadir – Rekaan Skrin Mengancam!

OPPO R19 kini sedang hangat diperkatakan apabila maklumat mengenai smartphone terbaru OPPO dalam siri OPPO R tersebar sekaligus menunjukkan rupabentuk peranti tersebut apabila diperkenalkan kelak.

Imej peranti tersebut dikongsikan di laman web Weibo menunjukkan ianya menggunakan rekaan skrin penuh baru tanpa notch. Jika sebelum ini, OPPO terkenal dengan rekaan notch  kecil yang dipanggil teardrop, OPPO R19 pula menggunakan skrin sepenuhnya dan hanya bahagian kamera yang berada di atas skrin smartphone tersebut.

Baca : OPPO R15X Bakal Diperkenalkan? Apa Kelebihan Smartphone Oppo Kali Ini?

Malangnya, buat masa ini tiada maklumat rasmi dikongsikan mengenai spesifikasi yang bakal digunakan oleh OPPO R19 melainkan sokongan pengimbas cap jari pada bahagian skrin peranti tersebut. Jika dilihat berdasarkan siri OPPO R sebelum ini, kebanyakkannya menggunakan spesifkasi kelas pertengahan, berkemungkinan penggunaan Snapdragon 710, 6gb atau 8GB ram adalah tidak mustahil.

bACA : Muat Turun Poco Launcher – Ringan Dan Banyak Perkara Menarik

Rekaan sebegini amat menarik perhatian kerana ianya lebih minimal tanpa perlu menggunakan rekaan pelik seperti notch besar diatas. Lebih menarik lagi ialah, ini juga mungkin memberi petunjuk akan rupabentuk peranti flagship OnePlus untuk siri 2019  iaitu OnePlus 7 kerana lazimnya, ia tidak jauh berbeza dengan siri OPPO R yang merupakan syarikat dibawah satu payung yang sama.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here