OPPO R15X Bakal Diperkenalkan? Apa Kelebihan Smartphone Oppo Kali Ini?

OPPO R15x membuat penampilan pertama kali selepas maklumat mengenainya tersebar. Apa kelebihan smartphone Oppo terbaru yang bakal dilancarkan ini ? Selepas pengenalan siri OPPO R17 baru-baru ini menarik perhatian ramai dengan sp[esifikasi dan rekaan notch nya yang unik, R15x dijangka akan menerima sambutan yang sama apabila dilancarkan kelak.

Maklumat yang tersebar di internet menunjukkan OPPO R15x dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan premium, termasuk cip pemprosesan Snapdragon 660, skrin dengan rekaan waterdrop notch sama seperti Oppo R17, dua pilihan ram dan memori dalaman 4GB/128GB atau 6GB/128GB, dwi kamera utama 16 megapiksel dan 2 megapiksel untuk kesan khas bokeh termasuk kamera hadapan 25 megapiksel. R15X juga akan menggunakan ColorOS berasaskan Android 8.1 Oreo dan bateri sebesar 3500mAh.

Jika dilihat dari spesifkasi yang tersebar, ianya tidak jauh berbeza dengan smartphone terbaru OPPO yang baru sahaja dilancarkan iaitu OPPO K1 termasuk rekaan peranti tersebut. OPPO R15X akan diperkenalkan dalam dua pilihan warna yang dipanggil Ice Silver dan Nebula Gradient seperti Oppo R15.

sumber : gsmarena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here