OnePlus 6T vs OnePlus 6 – Kelebihan Dan Kekurangan

OnePlus 6T telah dilancarkan pada 29 Oktober yang lalu dan spesifikasi lengkap smartphone OnePlus tersebut telah pun diketahui. Jadi, apa perbezaan yang ada diantara OnePlus 6 dan versi terbaru dalam siri “T” ini?

Secara mata kasar, tidak banyak perubahan yang dapat dilihat kecuali pada beberapa aspek terutamanya skrin peranti tersebut. Artikel kali ini akan membincangkan perbezaan antara keduanya dan kelebihan serta kekurangan dalam perbezaan tersebut.

APA YANG BERBEZA?

Perbezaan yang kami senaraikan ialah dari segi spesifikasi kedua-dua smartphone tersebut. OnePlus 6T telah pun diperkenalkan secara rasmi dilengkapi dengan spesifikasi yang ditambahbaik dan tempahan telah dibuka di Malaysia pada harga bermula RM2588 bagi versi 6GB ram dan 128GB memori.

OnePlus 6T diperkenalkan dengan penambahbaikan yang tidak terdapat pada OnePlus 6. Antaranya :

1- Skrin

Skrin OP6T sedikit lebih besar berbanding OnePlus 6. Ia kini menggunakan skrin Optic AMOLED bersaiz 6.4 inci berbanding 6.28 inci yang dimiliki OP6. Paling menarik ialah, notch atau takuk pada OP6T kini lebih kecil iaitu waterdrop notch seperti yang terdapat pada telefon pintar OPPO.

2- Bateri Lebih Besar

Berbanding OP6 yang dilengkapi bateri 3300mAh, OP6T kini menggunakan bateri bersaiz 3700mAh. Ini satu penambahbaikan paling berguna, bateri yang lebih besar akan menjadi satu tarikan utama OnePlus 6T apabila ia dilancarkan kelak. OnePlus juga mengatakan bahawa OP6T mempunyai prestasi bateri terbaik yang tidak terdapat pada mana-mana peranti OnePlus.

3- Kamera yang lebih baik

OnePlus 6T masih menggunakan konfigurasi kamera belakang yang sama seperti OP6, iaitu dwi-kamera 16 megapiksel + 20 megapiksel. Apa yang membezakan antara kedua peranti ini ialah perisian yang akan memproses gambar yang diambil. Ringkas cerita, taktik yang sama digunakan oleh siri Google Pixel, kekalkan kamera utama 12 megapiksel akan tetapi peningkatan ketara pada prestasi dan hasil gambar.

Kamera hadapan kini ditukar. OnePlus 6T menggunakan kamera hadapan 20 megapiksel berbanding 16 megapiksel pada versi terdahulu.

4- Sistem Operasi

OP6T bakal hadir dengan Android 9.0 Pie terus dari kilang, pengguna tidak lagi perlu menunggu kemaskini dikeluarkan. Berbeza dengan kebanyakkan telefon pintar yang diperkenalkan pada bulan Oktober ini yang masih menggunakan sistem operasi Android 8.0 Oreo. OnePlus 6 walaubagaimanapun, telah menerima kemaskini Android 9.0 Pie secara rasmi daripada OnePlus sendiri.

5- Tiada headphone jack atau bicu audio

OP6T  tidak lagi hadir dengan bicu audio terbina berbeza dengan OnePlus 6 yang masih dilengkapi bicu audio padanya. Ini akan menyebabkan ramai pengguna setia OnePlus amat kecewa termasuk kami.

6- Pengimbas Cap Jari

Pengimbas cap jari pada OnePlus 6T kini lebih menarik. Telefon pintar tersebut akan menggunakan imbasan cap jari terbina pada skrin berbanding OnePlus 6 yang menggunakan pengimbas cap jari dibahagian belakang. Ini menarik dilihat dari segi keupayaan dan prestasi pengimbas cap jari pada skrin OP6T . OnePlus mengatakan pengimbas cap jari mereka merupakan yang terpantas, tidak terdapat pada mana-mana peranti lain iaitu hanya dengan 0.34 saat.

7- Konfigurasi Memori Dalaman Berbeza

OP6T hadir dengan dua pilihan memori terbina sebesar 128GB dan 256GB. Ini berbeza dengan 64GB memori yang merupakan versi asas OnePlus 6.

Baca :  Anda Kini Boleh Menghantar Stickers Melalui WhatsApp
Baca : Senarai Telefon Pintar Dengan 10GB Ram
Baca : Youtube Vanced – Aplikasi Youtube Sebenar Untuk Pengguna

APA YANG SAMA?

Jadi, apa yang sama? Terdapat beberapa perkara yang dikekalkan antaranya :

1- Cip Pemprosesan

Kedua-dua telefon pintar menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845, iaitu cip Snapdragon terbaik yang ada di pasaran buat masa ini. Tiada maklumat samada OP6T akan menggunakan cip yang di overclocked atau dipertingkatkan keupayaan seperti apa yang terdapat pada ASUS ROG Phone yang menggunakan overclocked Snapdragon 845 menjadikan ia sangat berkuasa tinggi seperti yang diperakui oleh Antutu, sebuah laman penanda aras prestasi smartphone.

2- Konfigurasi RAM yang sama

OnePlus 6T masih hadir dengan pilihan 6GB ram + 128GB memori, 8GB ram + 128GB memori dan 8GB ram + 256GB memori.

3- Masih tiada Pengecasan Tanpa Wayar

CEO OnePlus baru-baru ini mendedahkan, peranti terbaru mereka iaitu OnePlus 6T tidak akan dilengkapi dengan ciri-ciri pengecasan tanpa wayar. Ini sama seperti versi sebelum ini.

KESIMPULAN

Penambahbaik yang ada pada OnePlus 6T bagi kami agak berbaloi dan menarik memandangkan siri “T” bukanlah pengganti utama siri flagship OnePlus. Pengganti utama OnePlus 6 ialah OnePlus 7. Jadi, melihat kepada penambahbaikan yang ada pada OnePlus 6T, ianya boleh dikira agak baik dan berbaloi.

Pra-tempahan OnePlus 6T di Malaysia akan bermula pada 30 Oktober 2018, iaitu sehari selepas pelancaran global peranti tersebut. Tempahan akan berlangsung selama seminggu iaitu bermula daripada 30 Oktober sehingga 7 November dan mula dijual pada harga RM2588.

sumber : Twitter  | GSMArena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here