Notch Google Pixel 3 XL Boleh Ditutup!

Notch Google Pixel 3 XL merupakan notch atau takuk (jika anda selesa memanggilnya takuk) antara yang paling besar pernah saya lihat pada sesebuah smartphone. Sesetengah pengguna menganggap kehadiran notch sebegitu agak mencacatkan rupabentuk Pixel 3 XL termasuk saya sendiri. Google Pixel 3 XL walaubagaimanapun dilengkapi dengan spesifikasi tinggi untuk penghujung tahuh 2018 terutama cip pemprosesan Snapdragon 845 dan kemampuan A.I. smartphone tersebut, yang tidak dijumpai pada mana-mana peranti lain.

Berita baik bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan Google Pixel 3 XL akan tetapi ragu-ragu dengan kehadiran notch pada bahagian atas skrin, Google sebenarnya membenarkan pengguna untuk tutup atau “cover” notch tersebut dari kelihatan dan menganggu. Ini sesuai jika anda, seperti saya, yang lebih menggemari rekaan “tradisional” smartphone tanpa sebarang takuk diatas.

Bagi menutup notch pada Pixel 3 XL, anda harus mengaktifkan Developer Option dan tetapan untuk Notch boleh dijumpai di dalamnya. Akan tetapi, ianya mungkin tidak seperti apa yang anda harapkan, menutup notch pada Pixel 3 XL akan memakan ruang skrin anda memandangkan bahagian atas dipindahkan kebawah (lihat gambar yang dikongsikan oleh pihak AndroidPolice).

Ramai yang berharap agar ia kelihatan seperti imej konsep dibawah, akan tetapi harapan hanya tinggal harapan. Ini walaubagaimanapun, saya percaya akan ada pihak pembangun yang mengubah tetapan notch pada Pixel 3 XL kelak.

Gambar konsep mengenai rekaan notch pada Pixel 3 XL

Seperti yang saya pernah sentuh dalam #TechVlog di saluran Youtube soleheen.com, Google menggunakan notch pada Pixel 3 XL adalah untuk tujuan pembangunan dan panduan buat pengeluar lain.

Jika anda tertanya-tanya dimana hendak menempah Google Pixel 3 dan Pixel 3 XL, techbug.my telah pun membuka tempahan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya. Harga bermula dari RM3999 untuk Pixel 3 dan RM4449 bagi Pixel 3 XL.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here