Nokia X7 Kini Rasmi – SD710, PureDisplay, Zeiss Dwi-kamera

Nokia X7 atau turut akan dikenali sebagai Nokia 7.1 Plus kini diperkenalkan secara rasmi oleh HMD Global di China. Smartphone terbaru daripada Nokia tersebut menggunakan spesifikasi kelas pertengahan premium disamping hadir dalam beberapa variasi berbeza mengikut saiz ram dan memori dalaman.

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, Nokia X7 menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 710 yang merupakan cip kelas pertengahan terbaik milik Qualcomm, skrin bersaiz 6.18 termasuk notch dipanggil PureDisplay dengan beberapa ciri teknikal tambahan seperti menyokong kecerahan 500 nits, 1,500:1 contrast dan 96% NTSC color gamut, ram sebesar 4GB atau 6GB, memori terbina sebesar 64GB dan 128GB,

Nokia X7 juga dilengkapi sistem operasi Android 8.1 Oreo dan akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie dalam masa terdekat, dwi-kamera 12 megapiksel + 13 megapiksel menggunakan sensor IMX363  milik Sony dengan sokongan EIS dan OIS dan kamera hadapan 20 megapiksel yang turut dilengkapi dengan kecerdasan buatan pada perisian kamera smartphone tersebut.

Menyentuh mengenai soal bateri, peranti ini menggunakan bateri sebesar 3500mAh dan akan hadir bersama dengan pengecas 18W yang mampu mengecas sehingga penuh dalam masa hanya 30 minit. Itu sudah cukup pantas jika hendak dibandingkan dengan smartphone dengan ciri pengecasan pantas yang lain. Seperti jangkaan, Nokia X7 menggunakan sambungan USB Type-C termasuk sokongan bicu audio (headphone jack) yang kian jarang ditemui pada smartphone di penghujung 2018 ini.

Empat pilihan warna diperkenalkan iaitu Dark Blue, Night Red, Magic Night Silver dan Night Black. Peranti ini menggunakan kemasan aluminum dan kaca dibahagian belakang namun ia tidak menyokong fungsi pengecasan tanpa wayar.

Menyentuh mengenai harga, bagi versi asas, Nokia X7 mula dijual pada harga CNY 1,700 ( sekitar RM1021), versi 6GB ram 64GB memori pula dijual pada harga CNY 2,000 (sekitar RM1200) dan bagi model 6GB/128GB memori pula dijual pada harga CNY 2,500 (sekitar RM1500).

sumber : gsmarena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here