Muat Turun Poco Launcher – Ringan Dan Banyak Perkara Menarik

Poco Launcher bermula minggu ini telah boleh dimuat turun secara rasmi melalui Google Play Store dan juga Mi App Store. Launcher tersebut yang digunakan pada Pocophone F1 boleh dikatakan agak menarik dengan beberapa fungsi terbina dan ringan untuk digunakan pada smartphone lain.

Sebagai pengguna tegar Nova Launcher Prime, Poco Launcher masih mampu membuatkan saya kagum dengan prestasi launcher tersebut yang dicuba pada Xiaomi Mi Note 3 ( baca kelebihan dan kekurangan Mi Note 3 ).

Pilihan untuk mengubah tetapan launcher buat masa ini masih lagi pada peringkat asas, tiada yang terlalu istimewa. Antara yang menarik perhatian saya ialah kemampuan untuk menyembunyikan aplikasi yang diinginkan dan mengunci nya dengan password atau cap jari, aplikasi disusun mengikut kategori bersesuaian, pilihan mencari aplikasi berdasarkan warna icon aplikasi tersebut dimana ia diasingkan berdasarkan warna dan diletakkan dalam satu kumpulan ( aplikasi denganĀ  ikon berwarna merah akan diletakkan di dalam satu group etc..) dan beberapa yang lain.

Apa yang penting ialah, ianya berkonsepkan minimalistic akan tetapi tidak mengorbankan ciri dan fungsi yang mampu menarik minat pengguna. Poco Launcher ini juga boleh dianggap ringan dan laju. Untuk peringkat awal pengenalan launcher ini, saya mendapati terdapat beberapa bugs dan kadangkala lag mungkin berlaku namun tidak ketara.

Tetapan pada POCO Launcher

Bagi yang bosan dengan launcher yang anda gunakan sekarang, mungkin boleh mencuba Poco Launcher ini untuk melihat sejauh mana ia mampu menarik anda untuk kekal menggunakannya.

Muat turun Poco Launcher

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here