Kelebihan Xiaomi Pocophone F1 vs Google Pixel 3

Xiaomi Pocophone F1 vs Google Pixel 3, pertarungan Snapdragon 845 dalam kelas smartphone high end dilengkapi spesifikasi terbaik yang ada di penghujung 2018 ini. Pocophone F1 dicanang oleh Poco sebagai smartphone yang mementingkan kepantasan dan kelajuan yang tiada tandingan (Master of Speed). Jika dilihat secara mata kasar, kelebihan banyak memihak kepada Pocophone F1. Adakah benar?

Jom kita lihat spesifikasi kedua-duanya terlebih dahulu sebelum kesimpulan dibuat.

View this post on Instagram

"Tepuk dompet tanya akaun bank" . Pilihan anda?

A post shared by soleheen.com (@soleheencom) on

Secara atas kertas, Pocophone F1 mempunyai banyak kelebihan dalam aspek penggunaan hardware smartphone tersebut, bateri yang lebih besar dan ram yang besar memberi kelebihan utama. Itu belum lagi sentuh mengenai harga yang ditawarkan oleh Xiaomi kepada pengguna yang merancang untuk mendapatkan Pocophone F1. Harga sebiji Google Pixel 3 boleh memberi anda dua biji Pocophone F1 termasuk aksesori dan powerbank 20,000mAh.

Dan jika anda mempunyai duit yang mencukupi untuk membeli Google Pixel 3, adakah anda patut mendengar kawan yang berkata “membazir beli Google Pixel 3 , baik angkat Pocophone F1, sama power, Snapdragon 845 kot. Duit lebih boleh belanja aku Carl’s Junior“. Jawapan kami ? Jangan dengar kata-kata kawan anda.

Google Pixel 3 walaupun dilengkapi spesifkasi hardware yang hampir sama dengan Pocophone F1 sebenarnya berada di dalam kelas yang jauh berbeza. Segala mengenai Google Pixel 3 dibuat dengan tujuan untuk menghasilkan smartphone yang cukup premium disamping menawarkan pengalaman penggunaan yang tidak akan dijumpai pada mana-mana peranti lain. Google turut mementingkan kualiti binaan peranti mereka dan Google Pixel 3 tidak terkecuali.

Kami telah menyenaraikan beberapa perkara baru yang terdapat pada Google Pixel 3 dan juga 15 Ciri dan Fungsi Baru Pada Pixel 3 yang tidak terdapat pada peranti lain. Jika diperhatikan, itu sahaja sudah cukup untuk memberi kelebihan utama pada Google Pixel 3 dan membuatkan kelebihan hardware pada Pocophone F1 tidak lagi laku. Ini kenyataan.

Penggunaan hardware sebenarnya jarang memberi kelebihan utama kepada sesebuah peranti.  Google Pixel 2 yang menggunakan 4GB ram seringkali memberikan prestasi yang jauh lebih baik berbanding peranti Android dengan 6GB , 8GB hatta 10GB ram pun. Ini kerana, software yang digunakan iaitu Android asli (stock Android) dibantu dengan kecerdasan buatan (A.I) milik Google adalah satu kombinasi pembunuh. Ia mampu memastikan dengan 4GB ram sudah cukup untuk mengatasi peranti lain termasuk bantuan A.I pada kamera dengan hasil gambar yang tidak dapat ditandingi atau sukar ditandingi.

Bateri bersaiz besar jika perisian yang menguruskan penggunaan bateri itu tidak cukup cekap, akan masih menghasilkan sebuah smartphone yang tidak mampu bertahan walaupun sehari. Bateri bersaiz kecil jika perisian yang menguruskan penggunaan bateri itu cukup power dan berkesan, akan mampu mengatasi smartphone dengan bateri bersaiz besar. Itulah lumrah hidup.

Pocophone F1 dihasilkan untuk pengguna yang tidak terlalu mementingkan aspek atau gimik seperti kamera yang betul-betul hebat, atau kualiti binaan yang sangat-sangat premium dan lain-lain. Akan tetapi ia dihasilkan buat pengguna yang inginkan satu peranti normal yang boleh berfungsi dengan laju, pantas dan smooth tanpa sebarang faktor yang menyebabkan ia menjadi terlalu mahal ( advance A.I, advance build quality dan lain-lain). Poco dibawah payung Xiaomi hanya memfokuskan kepada prestasi sebenar Pocophone F1, lantas menjadikan smartphone tersebut sangat pantas dengan penggunaan cip pemprosesan Snpadragon 845 yang kemudiannya dijual pada harga rendah. Peranti tersebut juga hanya dibina menggunakan plastik dan bukan kaca atau aluminum.

Dalam kes perbandingan ini, jika anda mampu membeli dan sememangnya teringin membeli Google Pixel 3, cuma ragu-ragu sahaja diantara Pocophone F1 atau Pixel 3. Pandangan kami, anda akan menyesal dan mungkin cemburu apabila melihat orang lain memakai Google Pixel 3 tatkala anda memilih Pocophone F1. Kelebihan hardware yang ada pada Pocophone F1 tidak cukup kuat untuk mengatasi Google Pixel 3. Jika berpeluang, pilih Pixel 3 daripada kebanyakkan peranti flagship yang lain.

Kekuatan pada bahagian kamera yang merupakan ciri utama banyak digunakan, kecekapan perisian Android dan kecerdasan buatan, kualiti binaan yang premium dan sokongan berterusan daripada Google sendiri dalam bab kemaskini perisian ialah satu perkara yang memberi kelebihan besar kepada peranti ini.

Ini bukan cubaan untuk mengatakan bahawa Google Pixel 3 adalah sempurna. Akan tetapi lebih kepada perbandingan dari segi realiti. Pocophone F1 tidak dinafikan sebagai satu peranti yang amat baik terutama dari segi prestasi dan harga yang amat mampu milik. Cuma jika anda benar mampu untuk memilih Google Pixel 3, ia akan memberikan satu kepuasan yang susah untuk dijumpa pada Pocophone F1.

Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa peranti yang dilengkapi ram lebih besar dan berfungsi lebih baik berbanding siri Pixel. Anda boleh rujuk perbandingan antara OnePlus 6 dan prestasi Google Pixel 2 selepas hampir setahun dilancarkan. Pixel 2 gagal untuk mengekalkan prestasi cemerlang peranti tersebut dan OnePlus 6, dibantu 8GB ram, mengatasinya dengan mudah kecuali bab kamera. Ini diperakui sendiri oleh MKBHD dalam videonya mengenai mengapa beliau memilih untuk menggunakan OnePlus 6 berbanding Pixel 2, dan hanya menggunakan Pixel 2 kerana kameranya yang lebih baik.

Tiada istilah membazir jika anda memilih untuk membeli Google Pixel 3 berharga RM3999 berbanding Pocophone F1 berharga RM1299 jika mampu. Bak kata pepatah “alah beli menang memakai”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here