Kelebihan Huawei Mate 20 X – Phablet Gaming Berkuasa

Kelebihan Huawei Mate 20 X mungkin boleh dikatakan pada spesifikasi yang digunakan termasuk saiz skrin yang amat besar, paling besar dalam dunia smartphone sekarang. Jika dahulu, smartphone bersaiz besar dipanggil phablet, Huawei dilihat mengembalikan nostalgia phablet tersebut dengan menggunakan skrin bersaiz 7.2 inci pada Huawei Mate 20 X.

Seperti tiga lagi peranti baru yang diperkenalkan Huawei, Mate 20 X turut dilengkapi spesifikasi tercangih setaraf dengan Huawei Mate 20, Pro dan RS. Cip pemprosesan Hisilicon Kirin 980 7nm digunakan yang merupakan cip tercanggih buat masa ini, 6GB ram, 128GB memori terbina dan juga tiga kamera utama sama seperti siri Mate 20, Pro dan RS, bateri sebesar 5,000mAh dan Android 9.0 Pie berasaskan EMUI 9.

Huawei turut menyertakan gamepad khusus untuk Huawei Mate 20 X ini sekaligus menjadikan peranti ini sebagai smartphone gaming terbesar untuk tahun 2018. Mate 20 X dilengkapi dengan sistem penyejukan berasaskan vapor dan Graphene Film selain daripada dilengkapi ciri-ciri kalis air dan debu dengan IP rating IP53. Lebih menarik lagi, Huawei turut menyertakan pen untuk kegunaan bersama Huawei Mate 20 X ini yang dikenali sebagai M-Pen.

Jika dilihat dari gambar yang dikongsikan di halaman rasmi Huawei, saiz skrin 7.2 inci bukan satu masalah untuk smartphone tersebut dipegang menggunakan sebelah tangan sahaja. Ini sesuatu yang agak menarik kerana Huawei mementingkan rekaan ergonomik untuk peranti mereka supaya mudah dipegang.

Kehadiran Huawei Mate 20 X dengan spesifikasi premium seperti ini dilihat mengganggu gugat kedudukan siri Samsung Galaxy Note terutamanya Samsung Galaxy Note 9 yang turut merupakan sebuah smartphone bersaiz besar akan tetapi cukup berkuasa dan sangat premium.

Buat masa ini tiada maklumat rasmi mengenai penawaran Huawei Mate 20 X ini di Malaysia. Di Eropah, ia akan mula dijual pada harga bermula 899 euros bersamaan RM4300 bagi versi 6GB ram dan 128GB memori terbina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here