Hyperion Launcher – Launcher Ringan, Bersaiz Kecil

Hyperion Launcher, sebuah lagi aplikasi launcher baru yang dihasilkan oleh pembangun yang menghasilkan Subtratum pada smartphone Android. Ia diperkenalkan dengan objektif, membenarkan pengguna untuk melakukan pengubahsuaian mengikut citarasa masing-masing disamping menggunakan konsep minimal serta amat ringan dan laju.

 

Menggunakannya cukup ringkas termasuk dibahagian tetapan. Terdapat bahagian dipanggil Iconography dimana anda boleh menukar, mengubahsuai icon aplikasi mengikut kesukaan anda, bahagian warna yang membenarkan anda menetapkan warna pada setiap bahagian aplikasi launcher ini seperti tema keseluruhan launcher, drawer aplikasi dan pelbagai lagi. Fungsi asas seperti menyembunyikan aplikasi juga terdapat pada Hyperion Launcher ini, jadi anda tidak perlu risau.

Jika dilihat daripada apa yang ditawarkan, mungkin tidak banyak berbeza dengan aplikasi launcher lain seperti Nova launcher. Bagi kami versi awal yang diperkenalkan ini walaubagaimanapun, masih mempunyai beberapa kekurangan dan mungkin akan ditambahbaik pada masa hadapan.

Kehadiran aplikasi ini memberikan pengguna lebih banyak pilihan yang berbaloi jika sekiranya mula merasakan bosan dengan aplikasi launcher yang telah lama digunakan. Sebelum ini, Xiaomi juga telah mengeluarkan aplikasi launcher pada Pocophone F1 mereka, diterbitkan di Google Play Store sebagai Poco Launcher untuk kegunaan ramai. Anda boleh memuat turun Hyperion Launcher ini melalui pautan dibawah.

Muat Turun Hyperion Launcher | sumber : xdadev

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here