Huawei Mate 20, Mate 20 Pro – Kelebihan Huawei Yang Anda Patut Tahu

Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro – Kelebihan Huawei yang anda patut tahu memandangkan  Huawei memperkenalkan generasi siri Mate mereka dengan pelbagai kejutan termasuk sebuah lagi peranti yang tidak diketahui umum, Huawei Mate 20 X. Jadi apa yang menarik mengenai kedua-dua siri Mate 20 ini?

Kelebihan smartphone Huawei kali ini ialah pada kemampuan kamera mereka dan berkemungkinan akan dinobatkan sebagai smartphone terbaik untuk penghujung 2018 ini mengalahkan Google Pixel 3 yang diumumkan beberapa minggu lepas.

Sebanyak empat peranti premium berspesifikasi tinggi diperkenalkan Huawei semalam memfokuskan kepada semua golongan pengguna. Berikut maklumat mengenai Huawei Mate 20 dan versi Pro peranti tersebut.

SPESIFIKASI HUAWEI MATE 20 VS HUAWEI MATE 20 PRO

Huawei Mate 20 Pro

Huawei Mate 20

BERAT  189g  188g
PILIHAN WARNA Pink Gold, Midnight Blue, Emerald Green, Twilight Black Pink Gold, Midnight Blue, Emerald Green, Twilight Black
PERISIAN EMUI 9.0 berasaskan Android 9 Pie EMUI 9.0 berasaskan Android 9 Pie
PAPARAN SKRIN 6.39 inch curved OLED, 1440×3120 resolution, 19.5:9 ratio, HDR 6.53 inch LCD, 1080×2244 resolution, 18.7:9 ratio, HDR, 820 nits
PROCESSOR 8-core HiSilicon Kirin 980 + Mali-G76 GPU 8-core HiSilicon Kirin 980 + Mali-G76 GPU
Co-processor Dual NPUs HiSilicon Kirin 980 Dual NPUs  HiSilicon Kirin 980
RAM DAN MEMORI 6GB RAM + 128GB u
8GB RAM + 512GB
256GB Nano Memory Card
4GB RAM + 64GB
8GB RAM + 512GB
256GB Nano Memory Card
SAIZ BATERI 4,200 mAh 4,000 mAh
KAMERA BELAKANG 40 MP, f/1.8, wide-angle lens
20 MP f/2.2, ultra-wide angle lens
8 MP, f/2.4, telephoto lens
OIS, HDR, dual-tone flash
40 MP, f/1.8, wide-angle lens
20 MP, f/2.2, ultra-wide angle lens
8 MP, f/2.4, telephoto lens
OIS, HDR, dual-tone flash
KAMERA HADAPAN 24 MP (f/2.0) 24 MP (f/2.0)
SAMBUNGAN USB 3.1 Type-C, nanoSIM or dual-SIM USB 3.1 Type-C, nanoSIM or dual-SIM, 3.5mm jack
LAIN-LAIN
  • Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac
  • Bluetooth 5.0 EDR/LE
  • NFC, GPS, LTE Category 21 (1.4Gbps)
  • Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac
  • Bluetooth 5.0 EDR/LE
  • NFC, GPS, LTE Category 21 (1.4Gbps)
PENGECASAN Pengecasan Tanpa Wayar 15W,
Pengecasan Pantas 40W
Pengecasan Tanpa Wayar 15W,
Pengecasan Pantas 22.5W
IP Rating IP68 – Kalis Air dan Debu IP68 – Kalis Air dan Debu

 

Jika dilihat dari segi spesifkasi kedua-dua peranti ini, ianya berada di dalam kelas teratas mengatasi beberapa peranti premium lain termasuk Samsung Galaxy Note 9 dan Google Pixel 3. Tambahan pula, cip pemprosesan Hi-Silicon Kirin 980 merupakan processor paling berkuasa ketika ini meninggalkan Qualcomm Snapdragon 845 dibelakang. Kombinasi spesifikasi serta rekaan smartphone ini bakal menjadikan ia pilihan utama peminat peranti premium Android terutama selepas ramai yang kecewa dengan rekaan notch pada Pixel 3 XL.

Secara mata kasar, kedua-dua peranti mempunyai saiz rekaan yang hampir sama kecuali saiz notch pada skrin. Huawei Mate 20 Pro mempunyai notch yang lebih besar berbanding Mate 20. Ianya juga tidak dilengkapi dengan bicu audio ( headphone jack) dan berbeza dengan Mate 20 yang masih dilengkapi dengan bicu audio.

Perbezaan ketara lain yang boleh dilihat ialah pada kedudukan pengimbas cap jari kedua-dua smartphone. Pengimbas cap jari Huawei Mate 20 terletak dibahagian belakang manakala pengimbas cap jari Huawei Mate 20 Pro terletak pada atas skrin smartphone tersebut.

Seperti yang anda dapat jangkakan, kesemua peranti yang diperkenalkan oleh Huawei hari ini dilengkapi dengan kecerdasan buatan (A.I) terutamanya pada bahagian kamera yang dilihat mampu meneruskan kecemerlangan hasil kamera Huawei P20 Pro mereka.

Menyentuh mengenai soal bateri, Huawei kini memegang takhta peranti dengan pengecasan paling pantas apabila memperkenalkan pengecas 40W mereka. Hanya 30 minit diperlukan untuk mengecas bateri 4200mAh kepada 70% dan Huawei mengatakan ianya lebih pantas berbanding Apple iPhone X. Salah satu ciri menarik pada peranti ini ialah ciri yang dipanggil “Reversible Wireless Charging” dimana ia mampu mengecas peranti lain dan bertindak sebagai sebuah powerbank tanpa wayar.

Buat masa ini, masih tiada maklumat rasmi dikongsikan mengenai penawaran kesemua empat peranti Huawei terbaru ini di pasaran Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here