Harga Xiaomi Redmi Note 6 Pro Di Malaysia Bermula RM849

Harga Xiaomi Redmi Note 6 Pro Di Malaysia akhirnya diketahui apabila ia dikongsikan oleh penjual tempatan yang merupakan pengedar rasmi smartphone Xiaomi di Malaysia. Dua versi berbeza ditawarkan iaitu versi 3GB ram dengan  32GB memori dalaman dan 4GB ram dengan 64GB memori dalaman.

Bagi versi 3GB ram, Redmi Note 6 Pro dijual pada harga RM849 dan mencapai harga RM999 bagi versi 4GB ram dan 64GB memori. Jika dilihat dari segi spesifikasi, ianya boleh dikatakan agak mahal dengan beberapa ciri lama digunakan termasuk Android 8.1 Oreo berasaskan MIUI9, tiada sambungan USB Type-C dan tiada maklumat mengenai sokongan pengecasan pantas.

Untuk rekod,  Xiaomi Redmi Note 6 Pro menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 636, skrin 6.26 inci (1080 x 2280 pixels) , Android 8.1 Oreo berasaskan MIUI9, tiga pilihan ram dan memori terbina yang berbeza iaitu 3gb ram / 32GB memori dan 4GB/6GB ram dengan memori terbina 64GB, kamera utama seperti biasa dwi-lensa 12 megapiksel +  5 megapiksel termasuk dwi-kamera selfie 20 megapiksel + 2 megapiksel untuk kesan bokeh dan bateri sebesar 4000mAh.

Baca : Custom Rom Kini Tidak Lagi Relevan ?

Xiaomi Redmi Note 6 Pro akan mula dijual di Malaysia pada 20 Oktober 2018 akan datang melalui kesemua pengedar rasmi dan juga melalui kedai rasmi Mi Store mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here