Harga OnePlus 6T Di Malaysia Bermula RM2588

Harga OnePlus 6T di Malaysia akhirnya diketahui apabila tempahan peranti OnePlus tersebut dibuka untuk pengguna Malaysia bermula RM2588 untuk model versi asas. Smartphone terbaru daripada OnePlus ini dilancarkan dengan spesifikasi premium bagi menyaingi model flagship jenama lain.

Anda boleh mendapatkan OnePlus 6T pada harga RM2588 bagi versi 6GB ram dan 128GB memori terbina, RM2888 bagi versi 8GB ram dan 128GB memori dan akhir sekali RM3188 bagi versi 8GB ram dan 256GB memori terbina.

SPESIFIKASI ONEPLUS 6T

Chipset Snapdragon 845
RAM 6GB / 8GB
Memori Dalaman 128GB / 256GB
Paparan Skrin 6.41-inch Full Optic AMOLED (19.5:9, 2340×108, 402ppi)
Bateri 3700mAh
Kamera Dwi-kamera  16MP + 20MP , kamera hadapan 20 Megapiksel
Headphone jack Tiada
Versi Android Android 9.0 Pie Oxygen OS
Saiz
Pilihan Warna Mirror Black, Midnight Black
Harga 6GB/128GB (RM2588 )
8GB/128GB (RM2888 )
8GB/256GB (RM3188 )

Menyentuh mengenai soal spesifikasi, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, tiada bicu audio, skrin dengan notch kecil “waterdrop style”, kamera yang ditambahbaik, Android 9.0 Pie, pengimbas cap jari terbina pada skrin terpantas dalam kelasnya dan beberapa yang lain.

Tempahan boleh dibuat mulai hari ini dan akan dihantar pada pembeli pada 8 November 2018 akan datang. Jika anda tertanya-tanya mengenai perbezaan diantara Oneplus 6T dan OnePlus 6, rujuk artikel perbandingan kami di OnePlus 6T vs OnePlus 6 – Kelebihan Dan Kekurangan.

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here