Harga Google Pixel 3 Di Malaysia RM3999 – Tempahan Dibuka

Harga Google Pixel 3 di  Malaysia akhirnya diketahui apabila salah sebuah penjual tempatan telah pun membuka slot pra tempahan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan peranti terbaru milik Google tersebut.

Techbug.my, sebuah kedai atas talian yang tidak asing lagi dikalangan peminat peranti Android kini menawarkan Google Pixel 3 pada harga bermula RM3999 bagi versi 64GB dan mencapai RM4563 bagi versi 128GB jika dibayar secara tunai atau online transfer. Anda boleh membuat tempahan secara terus melalui laman web Techbug.my melalui pautan dibawah.

Menyentuh mengenai spesifkasi seperti yang anda boleh lihat pada infografik yang dihasilkan kami dibawah, ini merupakan peranti terbaik yang anda boleh dapatkan di penghujung tahun 2018 ini.

Baca : Google Pixel 3 Kini Rasmi – Apa Yang Baru?

Bagi kami, siri Google Pixel mempunyai kelasnya yang tersendiri. Google berjaya membuktikan bahawa mereka tidak perlu mengikut gimik dwi-kamera untuk menghasilkan smartphone dengan keupayaan kamera yang amat sukar ditandingi. Penggunaan 4GB ram juga dilihat cukup untuk memberikan pengguna pengalaman terbaik ketika menggunakan peranti Pixel.

Akan tetapi, tidak dinafikan bahawa beberapa aspek seperti saiz ram yang besar (rata-rata smartphone sekarang menggunakan 6GB hingga 8GB ram) agak penting dalam mengekalkan prestasi terbaik supaya berpanjangan.

Mungkin tidak banyak perubahan dari segi spesifikasi, namun Google telah memastikan bahawa Pixel mereka akan kekal relevan dan berbaloi untuk dimiliki melalui perubahan dan penambahbaikan software Pixel 3 terutamanya pada aspek kecerdasan buatan.

Jadi apa pendapat anda ? Adakah Pixel 3 berbaloi untuk dimiliki kali ini ?

sumber : Techbug.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here