Harga Google Pixel 3 XL Di Malaysia RM4449

Harga Google Pixel 3 XL Di Malaysia kini turut diketahui selepas tempahan awal peranti tersebut turut dibuka kepada pengguna Malaysia. Sebelum ini kami pernah menulis mengenai harga Google Pixel 3 di Malaysia bermula serendah RM3999, namun bagi versi XL yang hadir dengan rekaan notch pada skrin bersaiz 6.3 inci, ianya mula ditawarkan pada harga RM4449 untuk versi asas jika anda membayarnya secara tunai atau online transfer.

Jika dilihat dari segi perbezaan yang terdapat antara dua model ini, ianya tidak ketara melainkan pada saiz serta rekaan skrin, rekabentuk dan juga saiz bateri. Aspek yang lain kekal sama.

Anda akan turut mendapat sebuah peranti dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, ram sebesar 4GB, pilihan memori dalaman sebesar 64GB / 128GB, Android 9.0 Pie, kamera utama 12 megapiksel dengan keupayaan A.I yang dipertingkatkan dan dwi-kamera 8 megapiksel pada bahagian hadapan. Kedua-dua model juga hadir dengan tiga pilihan warna yang sama iaitu hitam, putih dan merah jambu.

Baca : Google Pixel 3 Kini Rasmi – Apa Yang Baru?

Cip pemprosesan Snapdragon 845 pada Pixel 3 kali ini telah dioptimasi sepenuhnya untuk penjimatan bateri. Beberapa fungsi tambahan diperkenalkan yang banyak memfokuskan pada kamera seperti Super Res Zoom, Fused Video Stabilization yang mampu mengurangkan gegaran pada video dan menjanjikan rakaman yang jauh lebih smooth tanpa gangguan, Top Shot yang memastikan hanya gambar sempurna dipilih dan beberapa yang lain.

Buat masa ini, tempahan Google Pixel 3 melalui techbug.my akan mengambil masa beberapa minggu dan pembeli dijangka akan mendapat peranti masing-masing pada akhir Oktober dan awal November 2018.

sumber : Techbug.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here