Harga Asus ROG Phone Di Malaysia Bermula RM3499 ? – Berbaloi?

Harga Asus ROG Phone di Malaysia dijangka akan bermula serendah RM3499 bagi versi 128GB dan mencapai RM3999 bagi versi 512GB. Pelancaran smartphone gaming pertama ASUS tersebut akan berlangsung pada 22 Oktober akan datang, sekaligus menamatkan penantian ramai peminat Android yang menunggu ianya untuk berada di dalam pasaran.

Menyentuh mengenai spesifikasi, ASUS meletakkan smartphone gaming mereka dibawah jenama Republic of Gamers (ROG) dan menggunakan spesifikasi tercanggih yang tidak terdapat pada mana-mana smartphone. Cip pemprosesan terkini digunakan iaitu Snapdragon 845 yang telah di overclocked menjadi lebih pantas dan berkuasa. Sistem operasi Android Oreo 8.1 digunakan  dilengkapi antaramuka yang dipanggil ROG Gaming X Mode, ram sebesar 8GB, memori dalaman sebesar 128GB dan 512GB, kamera utama 12 megapiksel dan 8 megapiksel di bahagian hadapan, skrin Amoled HDR bersaiz 6 inci dengan aspect ration 18:9 dan bateri sebesar 4,000mAh.

ROG Phone turut dilengkapi dengan headphone jack ( sesuatu yang rare untuk penghujung 2018), 3 port USB Type-C yang berfungsi untuk menyokong aksesori khas yang akan dijual berasingan, skrin dengan kadar refresh rate 90hz, sistem penyejukan khas berasaskan wap dan cecair, termasuk pengecasan pantas yang dipanggil ASUS HyperCharge ( berfungsi seperti Oneplus DashCharge).

Antara aksesori gaming yang boleh digunakan pada ROG Phone ini ialah ASUS ROG Phone TwinView Dock, ASUS ROG Phone USB Professional Dock, ASUS ROG Phone Gamevice, ASUS ROG Phone Mobile Desktop Dock, dan ASUS ROG Phone WiGig Dock. Kesemua aksesori yang disebutkan akan dijual secara berasingan, dan kami tidak pasti yang mana satu akan ditawarkan kepada pengguna Malaysia.

Jika tanda harga yang tersebar itu benar, ini tidak dinafikan antara harga paling munasabah, bersesuaian dengan apa yang ditawarkan. Kehadiran ROG Phone jelas akan merampas takhta smartphone gaming yang lain termasuk Xiaomi BlackShark, Xiaomi Pocophone F1 dan juga Honor Play.

sumber : pokde.net

Dalam satu perkembangan lain, Google telah pun melancarkan Google Pixel 3 dan pengguna di Malaysia boleh mula menempah smartphone premium milik Google tersebut pada harga serendah RM3999 melalui penjual tempatan.

sumber : pokde.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here