Google Pixel Slate Diperkenalkan – Kenali Produk Terbaru Google

Google Pixel Slate boleh dianggap sebagai “kejutan” oleh Google kepada pengguna untuk tahun 2018 ini. Pixel Slate diperkenalkan bersama-sama penerus legasi Pixel iaitu Google Pixel 3.

Secara asasnya, Pixel Slate merupakan tablet daripada Google yang menggunakan sistem operasi Chrome OS dilengkapi dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan, menjadikannya turut berfungsi sebagai sebuah laptop.

Ini berbeza dengan percubaan Google dalam arena tablet, dua tablet terdahulu iaitu Nexus 9 dan juga tablet canggih mereka, Pixel C yang menggunakan sistem operasi Android, kurang mendapat sambutan .

Pixel Slate dengan Chrome OS mungkin akan berjaya menarik minat pengguna memandangkan Pixel Book milik Google yang diperkenalkan tidak lama dahulu mendapat ulasan positif daripada laman teknologi terkenal termasuk pengguna.

sedang dikemaskini…

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here