Google Pixel 3 Smartphone Paling Selamat Untuk Pengguna

Google Pixel kini boleh dianggap sebagai smartphone paling secure atau selamat untuk pengguna memandangkan ia kini menggunakan cip sekuriti Titan M. Maka berakhirlah sudah era Blackberry yang dicanang sebagai peranti paling selamat buat pengguna.

Google dalam blog mereka menerangkan dengan lebih terperinci fungsi dan apa yang boleh dilakukan oleh cip keselamatan Titan M. Ia diambil daripada cip Titan yang mengawal keselamatan data pengguna dalam Google Data Cloud Centre dan anda boleh menjangkakan ianya bukan satu cip biasa-biasa.

Cip ini akan mengetatkan dan meningkatkan lagi tahap keselamatan lockscreen dan Disk Encryption Google Pixel 3. Ini apa yang Titan M lakukan pada Google Pixel 3 yang dapat kami ringkaskan untuk memudahkan pemahaman :

1- Verified Boot Process

Satu proses dimana ia akan menyemak dan memastikan Google Pixel 3 menggunakan versi Android yang sepatutnya. Ini sekaligus menghalang serangan berbahaya yang ingin membuka bootloader (unlocked bootloader) peranti tanpa kebenaran atau menukar versi Android yang digunakan kepada versi lama yang tidak dilengkapi ciri kemaskini sekuriti terkini.

2- Insider Attack Resistance

ini berkait rapat dengan pemilikan Google Pixel 3. Hanya pemilik sebenar dengan password sebenar boleh memberi kebenaran untuk membuka peranti termasuk mengemaskini perisian Google Pixel 3. Tanpanya, Pixel 3 tidak akan dapat dikemaskini. Pihak Google sendiri pun tidak akan berupaya untuk membuka kunci lockscreen pada Pixel 3 tanpa kerjasama daripada pemilik sebenar. Percubaan untuk membuka akan dihadkan sekaligus mengurangkan peratusan kejayaan membuka menggunakan cara brute force.

3- Factory Reset Policy

Menghalang peranti Pixel 3 daripada di format tanpa kebenaran. Ini berkesan menghalang daripada pencuri menggunakan peranti anda. Smartphone tidak akan dapat dibuka dan perisian Android padanya tidak akan dapat di format dan di reset.

Itu antara fungsi cip keselamatan Titan M, walaubagaimanapun, ianya tidak terhad kepada apa yang disenaraikan. Lebih banyak fungsi teknikal dikongsikan oleh Google yang boleh anda rujuk dan baca di blog mereka melalui pautan dibawah.

Sumber: Building a Titan: Better security through a tiny chip

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here