Google Pixel 3 Kini Rasmi – Apa Yang Baru?

Google Pixel 3 kini rasmi selepas berbulan maklumat mengenainya tersebar luas di arena internet. Smartphone tersebut diperkenalkan dengan spesifikasi canggih setaraf pesaing jenama lain yang telah pun berada di dalam pasaran.

Seperti kebiasaan, Pixel 3 dijangka akan meneruskan legasi kejayaan Pixel terdahulu dari segi keupayaan kamera. Ini merupakan smartphone dengan kamera terbaik pernah dihasilkan oleh Google.

Menyentuh mengenai spesifkasi, Pixel 3 tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan smartphone flagship yang lain. Walaubagaimanapun, hampir kesemua daripada spesifikasi peranti ini telah pun diketahui umum.

Seperti biasa, dua model diperkenalkan, iaitu Google pixel 3 biasa dan juga versi lebih besar, iaitu Pixel 3 XL. Segala maklumat yang tersebar sebelum ini didapati benar dan sesetengah daripadanya agak mengecewakan. Google Pixel 3 XL dilengkapi notch!

Tidak banyak yang berbeza dengan generasi kedua Google Pixel kecuali pada bahagian rekaan yang kini dilengkapi dengan notch sebesar alam. Sistem operasi terbaru, Android 9.0 Pie, cip pemprosesan tercanggih milik Qualcomm, kamera 12 megapiksel yang kini dibantu dengan kecerdasan buatan yang dipertingkatkan.

Kedua-dua smartphone pixel ini menyokong sistem pengecasan tanpa wayar dan Google kini dilihat turut memperkenalkan charging stand tersendiri yang menyokong pengecasan pantas.

Pengecas yang disertakan pada Pixel 3 kini juga mampu mengecas lebih pantas berbanding model terdahulu. Pengecas 18W tersebut menjanjikan penggunaan selama 7 jam dengan hanya pengecasan selama 15 minit.

Saiz bateri pada Pixel 3 XL pula lebih kecil berbanding Pixel 2 XL manakala bagi model Pixel 3, ia dilengkapi dengan saiz bateri yang lebih besar.

Jika dilihat pada kamera yang terdapat pada kedua-dua model, tiada dwi-lensa digunakan kecuali pada bahagian hadapan dan ianya masih mengekalkan 12 megapiksel yang sama seperti generasi kedua. Beberapa penambahan dibuat pada bahagian software bagi memastikan Pixel 3 mampu bersaing dengan peranti lain yang kini menggunakan sehingga 5 lensa kamera.

Antaranya ialah penggunaan A.I yang lebih baik yang akan memastikan orang yang ingin diambil gambarnya tersenyum, mata terbuka dan fokus pada kamera si pengambil gambar ( sama seperti ciri kamera Samsung Galaxy Note 9).

Super Res Zoom pula satu ciri dimana kamera pada Pixel 3 cuba meniru keupayaan lensa telephoto yang menghasilkan hasil gambar yang di zoom jauh lebih baik. Ciri lain ialah, Fused Video Stabilization yang mampu mengurangkan gegaran pada video dan menjanjikan rakaman yang jauh lebih smooth tanpa gangguan.

Pixel 3 kali ini masih tidak menyertakan lubang bicu audio. Akan tetapi Google kini menyertakan bersama smartphone mereka earphone yang dikenali sebagai Pixel USB-C earbuds. Ia dilengkapi dengan fungsi Google Assistant yang boleh menterjemah bahasa, mengenal pasti arahan suara, membacakan pesanan mesej dan membalas mesej menggunakan arahan suara.

Menyentuh mengenai cip pemprosesan yang digunapakai, ia kini dilengkapi Qualcomm Snapdragon 845 yang telah dioptimasikan untuk penjimatan bateri yang lebih baik. Saiz ram dan memori dalaman masih lagi sama.

Seperkara lagi, Pixel 3 kini merupakan smartphone kalis air dengan rating yang lebih baik iaitu IP68 berbanding IP67 pada generasi kedua. Pilihan warna baru diperkenalkan iaitu merah jambu yang bukan merah jambu ( Not Pink ).

Kami masih menunggu untuk tempahan peranti ini dibuka di Malaysia yang kebiasaannya dilakukan oleh Techbug.my.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here