Google Pixel 3 Digunakan Untuk Merakam Persembahan Eminem

Google Pixel 3, sebuah smartphone yang dicanang sebagai peranti dengan kemampuan kamera terhebat, ini termasuk kedua-dua siri Pixel sebelum ini yang turut sukar untuk ditandingi oleh pengeluar smartphone pintar yang lain. Jika sebelum ini Google Pixel 2 digunakan untuk merakam video musik John Legend, kini giliran Google Pixel 3 pula digunakan untuk merakam sebahagian daripada persembahan rapper terkenal, Eminem.

Rakaman itu  juga termasuk sekali dengan sesi di sebalik tabir persembahan tersebut. Ia dijangka akan ditayangkan pada Selasa, 16 Oktober 2018 sekaligus memberi peluang kepada Google untuk menunjukkan kemampuan kamera peranti terbaru mereka.

 

Jika dilihat di dalam video muzik John Legend yang dirakam sepenuhnya menggunakan Google Pixel 2, hasilnya sangat menakjubkan. Untuk Pixel 3 pula dengan segala penambahbaikan yang dilakukan pada kamera smartphone tersebut termasuk menggunakan sensor baru dan keupayaan A.I dipertingkatkan, tidak mustahil, hasil kerja yang terhasil akan lebih baik dan mungkin memukau mata.

Antara ciri yang ada pada kamera Pixel 3 ialah Top Shot ( A.I akan tentukan dan syorkan gambar terbaik kepada pengguna), Super Res Zoom ( satu ciri dimana kamera Pixel 3 meniru keupayaan lensa telephoto walaupun tidak dilengkapi lensa telephoto, menghasilkan gambar digital zoom yang sangat baik), Night Sight ( A.I. berupaya menghasilkan gambar yang amat baik dalam keadaan kurang cahaya tanpa bantuan flash) dan beberapa yang lain.Kamera 8 megapiksel dwi-lensa pada bahagian hadapan kini mampu mengambil gambar dengan lebih baik dan sudut yang lebih luas.

Sama-sama kita nantikan dan lihat hasil rakaman itu kelak.

sumber : theverge

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here