15 Ciri Baru Pada Google Pixel 3 – Anda Patut Tahu!

Google Pixel 3 akan terus diperkatakan selepas ianya dirasmikan hari ini. Di Malaysia, peminat Android boleh mula menempah Pixel 3 lebih awal melalui Techbug.my pada harga permulaan RM4100 mencecah RM5000 keatas. Sebelum ini, saya telah kongsikan 5 perkara baru pada Pixel 3 dan kali ini jom kita lihat ciri-ciri atau fungsi baru yang diperkenalkan pada peranti tersebut.

Google Pixel 3 hadir dengan perubahan yang tidak terlalu ketara dari segi spesifikasi berbanding generasi kedua siri Pixel. Perbezaan yang lebih ketara dan lebih banyak dapat dilihat pada bahagian software peranti ini.

Berikut merupakan sejumlah fungsi baru pada Pixel 3 2018 :

1- Top Shot
Merupakan ciri baru pada kamera utama Pixel 3 dimana ia membenarkan pengguna mengambil gambar sempurna tanpa sesiapa berkelip, tidak senyum, tidak fokus pada kamera dan lain-lain. Top Shot juga akan mencadangkan kepada pengguna Pixel 3 gambar terbaik yang patut mereka simpan atau gunakan. (bunyi macam familiar bukan ? Masih ingat kepada Galaxy Note 9 ?)

2- Photobooth
Fungsi yang menggunakan kecerdasan buatan atau A.I. untuk mengesan gaya gambar yang diambil samada muka sedang senyum atau pengguna membuat muka kelakar, kemudiannya akan ditunjukkan beberapa alternatif gambar yang diambil kepada pengguna.

3- Super Res Zoom
A.I. akan bertindak dengan meniru fungsi zoom lensa telephoto walaupun Google Pixel 3 tidak dilengkapi lensa tersebut. Ini akan menghasilkan gambar digital zoom dengan kualiti terbaik.

4- Night Sight
Ciri yang akan menggunakan A.I. untuk menghasilkan gambar terbaik walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang dan gelap. Ciri ini mungkin akan turut diperkenalkan kepada peranti Pixel terdahulu.

5- Driving Mode
Satu ciri dimana fungsi Do Not Disturb pada smartphone akan diaktifkan secara automatik apabila A.I mengesan pengguna berada dalam kenderaan bergerak. Sekaligus mengurangkan gangguan ketika memandu.

6- Portrait Mode Change
Kemampuan A.I untuk mengubah gambar seperti kesan bokeh dan warna subjek dipertingkatkan dan ditambahbaik.

7- Playground
Satu fungsi tambahan memfokuskan kepada Augmented Reality atau AR, memberi lebih banyak pilihan AR Stickers buat pengguna.

8- Face Retouching
Membenarkan pengguna mengedit gambar muka dengan menambah ciri soft dan natural.

9- Flip to Shhh
Ciri tambahan dalam fungsi Digital Wellbeing yang diperkenalkan sebelum ini. Membenarkan pengguna untuk meletakkan smartphone dalam mode silent dengan hanya terbalikkan peranti masing-masing.

10- Google Lens Suggestion
Satu ciri yang terdapat pada Google Camera membenarkan fungsi Google Lens berfungsi secara terus dari kamera.

11- Adaptive Color Mode
Membenarkan warna skrin diubah mengikut keadaan cahaya persekitaran.

12- Live Wallpaper Baru
Versi baru ini akan hadir dengan kemampuan membuat kesan khas dan turut menyokong fungsi Always on Display.

13- Smart Compose in GMail
Satu ciri pintar yang terdapat pada Gmail untuk komputer dimana A.I. akan mencadangkan ayat yang anda ingin gunakan ketika menaip atau membalas email, berdasarkan berapa kerap anda menggunakan frasa atau ayat tersebut.

14- Google Duplex
Satu ciri yang diperkenalkan oleh Google tak lama dahulu namun hanya akan berfungsi pada Google Pixel 3. Google Duplex akan menggunakan A.I. untuk menguruskan panggilan telefon anda, termasuk mengambil alih tugas menjawab panggilan telefon. Melalui apa yang MKBHD kongsikan dalam video terbaru beliau, Google Duplex akan turut mampu menaip apa yang diperkatakan oleh pemanggil dan paparkan pada skrin.

15- Call Screening
Satu fungsi dimana pixel 3 akan menapis panggillan yang berpotensi atau disyaki sebagai SPAM.

Jadi, ciri mana yang menarik perhatian anda untuk melabur RM4000 – RM5000 bagi mendapatkan Google Pixel 3?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here