Google Pixel 3 Berjaya Di Root Menggunakan Magisk

Google Pixel 3 telah pun mula dihantar kepada pengguna yang menempah peranti tersebut mulai minggu ini, ini termasuk pembeli dari Malaysia yang menempah daripada Techbug.my. Berita baik yang lainnya ialah, peranti tersebut telah pun berjaya di root oleh pembangun terkenal,  John Wu (@topjohnwu) melalui aplikasi Magisk.

Topjohnwu tidak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan akses root peranti Pixel 3 beliau walaupun sebelum ini gagal dalam proses yang sama. Kejayaan tersebut dikongsikan melalui akaun twitter John menunjukkan aplikasi Magisk berfungsi dengan sempurna pada Google Pixel 3.

Dalam respon balas beliau, jelas menunjukkan Google Pixel 3 sedikit lebih sukar untuk di root disebabkan perubahan yang diperkenalkan oleh Google untuk peranti tersebut. Itu walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah untuk topjohnwu menyelesaikan “Puzzle” yang terdapat pada Pixel 3.

Baca :  Google Pixel 3 Smartphone Paling Selamat Untuk Pengguna

Kelebihan root jika hendak dibincangkan sebenarnya agak subjektif dan secara asasnya, banyak perkara yang dapat anda lakukan apabila akses root diperolehi pada sesebuah peranti. Ini termasuk menggunakan cheat pada permainan mudah alih, mengubah tema mengikut citarasa dan lebih advance lagi, membantu dalam proses menghasilkan custom rom yang lebih baik.

sumber :twitter | via : AndroidPolice

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here