Custom Rom Kini Tidak Lagi Relevan ?

Custom rom, jika dahulu, istilah custom rom sangat terkenal dikalangan pengguna Android. Ianya boleh dikatakan antara cara bagaimana menjadikan smartphone masing-masing lebih baik dari asal dan seronok untuk digunakan.

Kewujudan custom rom tersebut juga menjadi satu kelebihan buat peranti Android dan sesiapa yang tahu cara memasangnya. Berikut merupakan antara kelebihan yang ada secara umumnya jika anda menggunakan custom pada smartphone masing-masing :-

1- Lebih laju dan ringan
2- Lebih banyak pilihan untuk ubahsuai beberapa perkara termasuk tema pada smartphone.
3- Dilengkapi ciri-ciri yang tidak terdapat pada sistem operasi Android asal pada smartphone.
4- Pengguna bebas untuk menetapkan tetapan smartphone berdasarkan citarasa masing-masing.
5- Menjadikan pengalaman menggunakan smartphone lebih menyeronokkan.

Itu kelebihan secara umum. Apa yang saya ingin bincangkan kali ini ialah, adakah penggunaan custom rom pada smartphone hari ini masih lagi relevan ?

Untuk melihat samada masih relevan atau tidak penggunaan custom rom , kita perlu melihat pada kualiti yang terdapat pada smartphone hari ini. Jika dahulu, kebanyakkan peranti pintar terkenal dengan sistem operasi Android yang diubah mengikut pengeluar dikenali sebagai Android Skin. Sony dengan Xperia Home mereka, HTC dengan HTC Sense mereka, Samsung dengan Samsung Touchwiz mereka, Xiaomi dengan MIUI dan bermacam-macam lagi.

Kesemua yang disebut diatas termasuk yang tidak disebut mempunyai beberapa persamaan, iaitu ianya berat, lag setiap masa dan menawarkan satu pengalaman buruk untuk menggunakan smartphone tersebut. Paling ketara ialah Samsung Touchwiz yang turut digelar Samsung Lagwiz kerana teruknya prestasi Android milik Samsung ketika itu. Walaubagaimanapun, itu cerita lama.

Penyelesaian kepada cerita lama tersebut ialah dengan memasang custom rom atau root phone masing-masing ketika itu. Mengikut pengalaman saya sendiri ketika pertama kali menggunakan Sony Xperia X8 (ianya bagaimana soleheen.com bermula), daripada sebuah peranti yang semakin lama semakin membosankan kepada sebuah peranti yang berkali ganda lebih laju pakej sekali dengan pilihan untuk ubah tema ikut selera. Itu kesan penggunaan custom rom pada peranti.

Pendek kata, penggunaan custom rom dan root ketika itu amat membantu memberi nafas baru kepada peranti yang digunakan. Dari sebuah peranti yang membosankan, berat dan lag kepada sebuah peranti dengan prestasi amat cemerlang.

Cerita Hari Ini

Kita lihat pula situasi pada hari ini. Situasi dimana pengeluar smartphone telah pun berjaya menghasilkan Android Skin yang amat ringan dan dilengkapi dengan segala fungsi yang dahulunya hanya boleh didapati pada custom rom. Jika dahulu, sebuah smartphone akan dipenuhi dengan pelbagai aplikasi sampah yang tidak diperlukan dan hanya memberatkan peranti, hari ini, hanya sesetengah sahaja masih meletakkan bloatware pada peranti mereka dan pengguna mempunyai pilihan untuk memilih peranti yang menyerupai Android asli seperti siri Moto G dan OnePlus.

Hari ini juga kita semakin aktif menggunakan sistem perbankan atas talian dan pengguna semakin bijak, mula mengambil berat akan keselamatan data peribadi mereka yang disimpan di peranti pintar masing-masing. Pengguna juga semakin ramai yang mula mengenali seronoknya membeli belah atas talian, dan ini memerlukan perbankan atas talian. Mengapa saya sebut perkara ini ?

Menggunakan custom rom dan mempunyai akses root pada smartphone masing-masing adalah berisiko, terdedah kepada pelbagai perkara berkaitan eksploitasi yang mungkin boleh berlaku dan menyebabkan data peribadi dicuri, bagaimana ia dicuri, itu kita letak tepi dahulu. Perkara ini diambil berat oleh pihak yang membangunkan aplikasi yang memerlukan transaksi bank dilakukan.

Kebanyakkannya, akan menghalang akses untuk menggunakan aplikasi tersebut. Contoh terdekat ialah segala aplikasi perbankan dan aplikasi yang memerlukan akses perbankan internet seperti TGV Cinemas. Anda tidak akan dapat membuka apatah lagi menggunakan aplikasi yang disebutkan.

Dihalang untuk menggunakan aplikasi diatas sudah cukup untuk membuatkan saya berpatah balik kepada rom asal MIUI10 selepas menggunakan custom rom LineageOS pada Xiaomi Mi Note 3 (baca kelebihan dan kekurangan Mi Note 3). Disitu tidak relevannya untuk menggunakan custom rom. Bersusah payah untuk memasang custom rom, tidak berbaloi apabila terpaksa mengorbankan ciri atau fungsi yang digunakan 24/7.

Proses Rumit, Leceh dan Berisiko

Proses memasang custom rom mempunyai banyak risiko

Memasang custom rom atau cuba untuk mendapatkan akses root pada smartphone bukan lah satu tugas mudah, terutamanya jika pengguna tidak biasa dengan proses tersebut dan tidak mahir. Ianya boleh mendatangkan masalah besar, sebesar peranti anda tidak dapat digunakan langsung atau dipanggil hardbricked.

Memasang custom rom juga berisiko untuk anda hilang kesemua data peribadi termasuk gambar, dokumen dan apa sahaja yang disimpan di dalam peranti jika ianya tidak dibackup terlebih dahulu.

Asas untuk memasang custom rom atau mendapatkan akses root pada peranti ialah dengan membuka bootloader (unlocked bootloader, sesetengah model memerlukan anda meminta kebenaran daripada pengeluar smartphone), kemudian flash (pasang) custom recovery seperti TWRP,CWM dan proses bersambung dengan memasang file custom rom yang dikehendaki. Untuk mendapatkan akses root pula, kadangkala pengguna perlu flash file SuperSU. Bergantung kepada model smartphone, akan tetapi itu asas secara umum langkah yang perlu dilakukan.

Situasi hari ini kebanyakkan (hampir kesemua) pengeluar smartphone sedaya upaya menghalang pengguna daripada membuka bootloader (unlocked bootloader) smarpthone masing-masing. Contoh terdekat ialah Huawei yang kini menghalang akses 100% untuk pengguna menyahkunci bootloader smartphone mereka. Xiaomi pula memerlukan pengguna untuk mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon untuk membuka bootloader smartphone Xiaomi. Proses ini boleh memakan masa berminggu, dan jika anda bernasib baik sahaja, hanya sehari dua diperlukan.

Jadi, adakah penggunaan custom rom masih lagi relevan pada hari ini ?

Ini kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya menggunakan custom rom sejak tahun 2010 pada setiap smartphone yang digunakan sepanjang tempoh tersebut.

Untuk tahun 2018, ianya tidak lagi relevan jika anda menggunakan smartphone yang lengkap segalanya, terutamanya jika ianya sebuah peranti flagship. Flagship 2017/2018 dilengkapi  semua perkara dan fungsi tambahan yang anda perlukan.

Android Skin yang terdapat peranti hari ini walaupun tidak semua sudah cukup baik untuk digunakan termasuk Samsung Experience pada smartphone Samsung. MIUI9

Penggunaan custom rom juga tidak perlu jika anda kerap menggunakan aplikasi perbankan internet. Akses akan dihalang.

Ianya juga amat tidak relevan dan tidak berbaloi untuk digunakan jika anda masih baru dalam bidang tersebut atau masih lagi tidak mahir dengan selok belok proses memasang custom rom. Bak kata orang muda, penyakit jangan dicari mat.

Bagaimana jika anda seorang yang mahir, tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak kisah aplikasi dihalang untuk digunakan pada custom rom ? Silakan, ianya amat berbaloi.

3 COMMENTS

  1. LoL itu bukan custom ROM yg tak relevant tp penguna sendiri yg ditakuk lama… Sesetengah apps mmg akan detect jika kita mengunakan custom rom tp kita sebagai pengguna boleh je hide root utk mengelakkan apps tersebut mengesan peranti yg kita guna telah root, then apps tu berfungsi normal…

    • LOL macam takde kaitan antara pengguna di takuk lama dengan custom rom tu sendiri.

      Btw bro, ada je sesetengah rom yang takde pun root akses atau root dah pun disable by default (user boleh turn on di developer setting) . Aplikasi perbankan ni atau aplikasi yang memerlukan transaksi dilakukan, dia akan blocked apabila aplikasi digunakan pada custom rom termasuk yang ada akses root. Even kalau hide akses root tu pun masih kena blocked disebabkan user guna custom rom. ( tested, n pengalaman sendiri bukan sembang lebat)

      Untuk pengguna biasa bukan advance user, dah satu hal nak cari cara nak hide root access, kena bersusah payah lagi.

  2. Bersusah payah? Anda rasa sy bercakap based on what? Omongan kosong sahaja? Bersusah payah utk hide root akses?? Tertanya² adakah saudara nie main root phone masih mengunakan SuperSU pada tahun 2018?? Utk pengetahuan, dengan flash Magisk sahaja semasa buat custom rom misalnya, peranti kita terus ada root akses. Didalam apps Magisk itu pula build in hide root yg pengguna hanya perlu tick sahaja… Dengan kata lain, hanya perlu buka apps Magisk>swipe kiri ke kanan>pilih hide root> pilih apps yg kita nak hide root itu merupakan tugas yg mencabar dan susah 🤣🤣 pengguna biasa bukan advance user?? Sesia je pengalaman 10 tahun main rooted phone cuma jangan la guna pengalaman dan kaedah xperia x10 itu di mi note 3… Bukankah itu ditakuk lama??

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here