ASUS ROG Phone – Dinobat Sebagai Smartphone Dengan Prestasi Terbaik

ASUS ROG Phone terus cemerlang menjelang jualan rasmi smartphone gaming tersebut di Malaysia, ia kini dinobatkan sebagai smartphone dengan prestasi terbaik menurut penanda aras Antutu.

Xiaomi Mi Black Shark generasi pertama kini berada di tangga kedua diikuti oleh OnePlus 6 selepas memegang takhta pertama pada bulan Jun yang lalu. ASUS ROG Phone dilengkapi dengan spesifkasi tercanggih yang boleh anda jumpa pada tahun 2018 ini. Cip pemprosesan Snapdragon 845 di overclocked menjadi lebih berkuasa dan lebih pantas berbanding smartphone jenama lain yang menggunakan cip yang sama.

Takhta tersebut walaubagaimanapun mungkin akan dirampas oleh peranti super premium Huawei, iaitu Huawei Mate 20/ Pro dan Mate 20 X yang merupakan phablet gaming bersaiz 7.2 inci, dilengkapi cip pemprosesan 7nm hisilicon Kirin 980 dan ram sebesar 6GB dan segala jenis sistem penyejukan termasuk alat pengawal phone dan pen pintar.

Razer Phone 2 yang baru sahaja diumumkan juga berpotensi untuk merampas takhta ASUS ROG Phone.Ia dilengkapi dengan spesifikasi yang tidak boleh dipandang rendah. Cip pemprosesan Snapdragon 845 digunakan bagi memastikan ia terus menguasai carta smartphone terbaik, ram sebesar 8GB dikekalkan dari model generasi pertama, rekabentuk yang sama dan tidak jauh berbeza dengan Razer Phone asal, skrin 5.72” LCD panel dengan resolusi QHD dan refresh rate 120Hz juga sama dengan model terdahulu. Razer Phone 2 juga menggunakan bateri sebesar 4,000mAh dan kamera yang ditambahbaik iaitu 12 megapiksel dan 8 megapiksel dibahagian hadapan.

Untuk rekod, ASUS ROG Phone akan mula dijual di Malaysia pada harga bermula RM3499 dan mencecah RM3999 bagi versi 8GB ram dan 512GB memori terbina. Ianya agak berbaloi dengan apa yang ditawarkan dan tidak harus anda lepaskan peluang untuk memilikinya. Terutamanya jika anda seorang mobile gamer tegar.

sumber : antutu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here