Xiaomi Redmi Note 4 Terima Android 9.0 Pie Melalui Custom Rom

Xiaomi Redmi Note 4 terus terbukti sebagai sebuah peranti yang berbaloi untuk dimiliki. Terbaru, smartphone yang mencetus fenomena di Malaysia tidak lama dahulu telah pun menerima kemaskini Android 9.0 Pie melalui sokongan custom rom.

Walaupun bukan sebuah peranti flagship, sokongan pembangun untuk peranti ini dilihat lebih cemerlang berbanding kebanyakkan peranti lain dalam kelas yang sama. Android Pie untuk Redmi Note 4 tersebut boleh digunakan tanpa sebarang masalah atau isu yang ketara. Segala fungsi dan ciri utama dikatakan berfungsi dengan baik.

Ini kelebihan menggunakan peranti terkenal dimana pengguna akan menerima sokongan baik dari segi kemaskini awal ataupun jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi.

Proses pembangunan custom rom Android 9.0 Pie untuk peranti Redmi Note 4 ini walaubagaimanapun masih dalam peringkat awal dan berkemungkinan terdapat beberapa bugs yang masih wujud walaupun tidak ketara.

Baca : Xiaomi Pocophone F1 – Apa Cerita Setakat Ini?

Untuk rekod, Redmi Note 4 dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 625 dengan dua variasi ram yang berbeza iaitu 4GB dan 3GB ram. Peranti ini turut hadir dengan cip pemprosesan Mediatek X20 namun ianya tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Anda boleh merujuk halaman rasmi forum perbincangan XDA Forum mengenai custom rom Android 9.0 Pie untuk Xiaomi Redmi Note 4 ini. Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum mencuba custom rom tersebut.

sumber : Android Pie Xiaomi Redmi Note 4

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here