Xiaomi Pocophone F1 Lebih Pantas Dari Peranti Flagship Lain?

Xiaomi Pocophone F1 terus mencuri perhatian apabila hasil penanda aras smartphone tersebut membuktikan bahawa ianya merupakan peranti Snapdragon 845 terpantas buat masa ini. Pocophone F1 turut dijangka akan diperkenalkan di Malaysia apabila maklumat mengenainya dijumpai di pangkalan data Sirim Malaysia.

Berikut merupakan hasil ujian penanda aras Pocophone F1, menunjukkan prestasi smartphone tersebut apabila dibandingkan dengan peranti lain.

 

Menyentuh mengenai spesifikasi, ia menggunakan cip pemprosesan snapdragon 845, Android 8.1 Oreo berasaskan MIUI9, pilihan ram sebesar 6GB dan 8GB, memori terbina 64/128GB/256GB, dwi-kamera 12MP+5P dengan sokongan Artificial Intelligent, kamera hadapan 20MP, bateri bersaiz 4,00mAh dengan sokongan Quick Charge 4.0+, skrin HD penuh bersaiz 5.99 inci dan bakal diperkenalkan dengan harga permulaan yang rendah.

Jika dilihat dari perbezaan markah kesemua peranti tersebut, ianya hanyalah perbezaan kecil dan tidak bermaksud Pocophone F1 lebih pantas berbanding yang lain. Apa yang penting ialah hasil penggunaan dalam kehidupan sebenar yang sebelum ini dipegang oleh Oneplus 6, sebagai smartphone terpantas serta sangat stabil tanpa isu besar.

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan Pocophone F1 ini secara rasmi pada 22 Ogos akan datang di India dan berkemungkinan akan berkongsi maklumat mengenai harga rasmi peranti tersebut.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here