Xiaomi Pocophone F1 Bakal Ditawarkan Di Malaysia?

Xiaomi Pocophone F1 terus menarik perhatian orang ramai termasuk pengguna di Malaysia apabila dalam perkembangan terbaru, ia dikatakan berkemungkinan besar akan ditawarkan di Malaysia selepas dilancarkan pada 22 Ogos kelak.

Pihak Lowyat.net melalui semakan mereka mendapati, maklumat mengenai peranti yang diwar-warkan sebagai smartphone mampu milik terpantas itu telah pun memasuki pangkalan data pihak Sirim Malaysia. Ini berkemungkinan memberi petanda bahawa Xiaomi Pocophone bakal ditawarkan kepada pengguna di Malaysia.

Imej : Lowyat.net

Untuk rekod, Pocophone F1 dilengkapi dengan spesifikasi tercanggih setaraf peranti flagship jenama lain namun akan dijual pada harga yang lebih rendah dan mampu milik berbanding pesaing mereka. Smartphone ini juga dikatakan dilengkapi dengan sistem penyejukkan berasaskan cecair dan mungkin boleh dianggap sebagai peranti gaming.

Sebuah video buka kotak Xiaomi Pocophone F1 telah dikongsikan oleh pihak GSMDome menunjukkan keseluruhan imej smartphone tersebut termasuk sistem operasi Android Oreo berasaskan MIUI9.

Baca : Harga Sony Xperia XZ Premium Di Malaysia Kini RM2099 – Berbaloi?

Spesifikasi lain ialah cip pemprosesan snapdragon 845, pilihan ram sebesar 6GB dan 8GB, memori terbina 64/128GB/256GB, dwi-kamera 12MP+5P dengan sokongan Artificial Intelligent, kamera hadapan 20MP, bateri bersaiz 4,00mAh dengan sokongan Quick Charge 4.0+, skrin HD penuh bersaiz 5.99 inci dan bakal diperkenalkan dengan harga permulaan yang rendah.

Baca : Oppo R17 Bakal Dilancarkan – Apa Kelebihan Peranti Oppo Kali Ini?

Pelancaran akan dilakukan pada 22 Ogos akan datang di India dan kita mungkin boleh melihat samada Pocophone akan menawarkan smartphone mereka untuk pasaran antarabangsa termasuk Malaysia ataupun tidak.

sumber : Lowyat.net | GSMDome

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here