Xiaomi Pocophone F1 – Apa Cerita Setakat Ini?

Xiaomi Pocophone F1, khabar angin mengenai peranti terbaru yang dikatakan milik Xiaomi ini telah pun bertiup  kencang sejak sebulan dua yang lalu. Pocophone F1 dikatakan sebuah lagi peranti berspesifikasi tinggi yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, sebuah processor tercanggih milik Qualcomm buat masa ini.

Baca :  Apa itu GPU Turbo Pada Peranti Honor? – Cukup Hebat!

Sejauh mana kebenaran mengenai peranti ini tidak diketahui, akan tetapi dalam perkembangan terbaru, beberapa keping gambar yang dikatakan sebagai peranti Xiaomi Pocophone F1 telah pun tersebar menunjukkan keseluruhan rupabentuk peranti tersebut. Kesemua gambar dan spesifikasi smartphone tersebut dikongsikan oleh pihak FoneArena.

Ini mungkin menandakan yang ia sememangnya wujud dan bakal diperkenalkan pada masa akan datang. Jelas kelihatan pada bahagian belakang peranti tersebut yang diperbuat daripada logam, sebuah logo tulisan Pocophone, skrin hadapan dengan notch jelas terpampang dan sistem dwi-kamera dengan kedudukan menegak dibahagian tengah, berbeza dengan peranti dwi-kamera Xiaomi yang lain.

Menyentuh mengenai spesifikasi Xiaomi Pocophone F1 ini, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 845, 6GB ram, paparan skrin HD penuh 1080p bersaiz 6 inci, dwi-kamera 12mp + 5mp termasuk 20mp dibahagian hadapan, memori terbina sebesar 64GB, bateri bersaiz 4000mAh dan Android 8.1 Oreo.

Seperti kebanyakkan peranti pada  tahun 2018 ini, Pocophone F1 turut akan dijana oleh Artificial Intelligent (AI) pada bahagian kameranya. Seperkara yang menarik mengenai peranti dengan cip pemprosesan SD845 ini ialah ia juga dilengkapi dengan sistem penyejukan berasaskan cecair (Liquid Cooling System). Menyentuh mengenai soal harga jualan, berkemungkinan ia akan dijual pada harga mampu milik iaitu sekitar $500 (RM2000+-) seperti kebanyakkan smartphone lain milik Xiaomi.

BacaAndroid 9.0 Pie – Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Jika dilihat dari segi rekaan peranti Pocophone ini, ianya tidak seperti apa yang Xiaomi selalu lakukan pada peranti mereka, konsep rekaan yang bagi kami agak berbeza. Adakah ini sebuah lagi peranti dibawah syarikat naungan Xiaomi seperti BlackShark? Sama-sama kita nantikan.

sumber : Fone Arena

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here