Xiaomi Mi Pad 4 Plus – Apa Kelebihan Tablet Ini ?

Xiaomi Mi Pad 4 Plus akhirnya diperkenalkan secara rasmi harini dengan beberapa kelebihan baru dari segi spesifikasi yang lebih baik. Tablet tersebut diperkenalkan “secara mengejut” tanpa sebarang petanda ia akan diperkenalkan kepada umum.

Xiaomi Mi Pad 4 Plus dilengkapi cip pemprosesan yang sama dengan versi asal iaitu Snapdragon 660, skrin bersaiz 10.1-inch 1920 x 1200 pixel , Android 8.1 Oreo berasaskan MIUI9, ram sebesar 4GB dengan pilihan memori terbina sebesar 64GB atau 128GB, kamera utama 13 megapiksel + 5 megapiksel dibahagian hadapan dan bateri yang lebih besar iaitu 8620mAh.

Baca : Huawei Mate 20 Lite – Ini Rupa Smartphone Terbaru Huawei

Tablet versi Plus kali ini hanya ditawarkan dalam pilihan sambungan LTE dan Wifi, tiada variasi WiFi sahaja seperti model asal serta boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan juga emas merah jambu.

Menyentuh mengenai soal harga, Xiaomi Mi Pad 4 Plus dijual pada harga permulaan CNY 1,899 (RM1130) bagi versi 64GB dan mencecah CNY 2,099 (RM1250+-) bagi versi 128GB. Tiada maklumat rasmi dikongsikan buat masa ini mengenai tawaran untuk pasaran Global.

Baca : Muat Turun Fortnite Untuk Smartphone Selain Samsung – Akses Dibuka

Untuk rekod, Xiaomi Mi Pad 4 versi asal telah pun dijual secara rasmi oleh penjual tempatan namun hadir dengan rom China tanpa sokongan Playstore. Tablet tersebut dijual pada harga  permulaan RM750 sehingga RM1300 mengikut spesifikasi.

sumber | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here