Xiaomi Mi A2 Terima Kemaskini Baru – Kamera Lebih Baik

Xiaomi Mi A2 merupakan peranti Android One kedua yang ditawarkan di Malaysia dilengkapi spesifikasi yang baik untuk sebuah peranti kelas pertengahan. Dwi-kamera pada bahagian belakang smartphone tersebut meletakkannya antara smartphone kelas pertengahan dengan kamera yang tidak kurang hebatnya.

Dalam kemaskini terbaru, peranti Android One tersebut menerima penambahbaikan dari segi keupayaan dwi-kameranya. Mi A2 kini mampu merakamkan video pada tetapan 1080p60FPS . Rakaman 60 FPS atau frame rate per second ini meastikan video yang diambil lebih smooth berbanding kebiasaan.

Mod 1080p60fps kamera tersebut juga menyokong sistem penstabilan imej atau video EIS (Electronic Image Stabilization) dan dikatakan berfungsi dengan amat baik. Rakaman yang terhasil lebih smooth tanpa sebarang gegaran serius.

Baca : Kenapa Google Pixel 3 XL Dilengkapi Notch?

Xiaomi akhir-akhir ini dilihat amat aggresif dalam memperkenalkan smartphone terbaik buat peminat mereka di seluruh dunia. Pengenalan Xiaomi Mi A2 membuktikan pengguna tidak perlu membayar harga yang tinggi untuk sebuah peranti yang menawarkan prestasi cemerlang dan stabil.

Baca : Bateri Samsung Galaxy Note 9 Cukup Selamat – CEO

Xiaomi Mi A2 versi 4GB ram dan 64GB memori dijual pada harga permulaan RM999 manakala bagi versi 6GB ram dan 128GB memori ia dijual pada harga RM1299. Untuk rekod, model terdahulu, Xiaomi Mi A1 kini ditawarkan pada harga serendah RM600 untuk versi 4GB ram dan 32GB memori terbina.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here