Ulasan Xiaomi Pocophone F1 Dikeluarkan Sebelum Pelancaran

Ulasan Xiaomi Pocophone F1 telah pun dikeluarkan melalui video unboxing  oleh saluran YouTube milik sebuah laman web teknologi, GSMDome. Terlalu awal, Xiaomi Pocophone F1 sebenarnya masih belum dilancarkan secara rasmi.

Video yang dirakam dalam format HD itu menunjukkan keseluruhan rekabentuk Xiaomi Pocophone F1 yang merupakan sub-brand dibawah kendalian Xiaomi. Pihak GSMDome turut memberikan ulasan ringkas disamping menunjukkan antaramuka peranti tersebut.

BACA : Xiaomi Redmi Note 4 Terima Android 9.0 Pie Melalui Custom Rom

Ia menggunakan sistem operasi Android 8.0 Oreo berasaskan MIUI9 dan turut dilengkapi dengan spesifikasi tercanggih setaraf beberapa peranti flagship masakini. Pocophone F1 mengggunakan cip pemprosesan snapdragon 845, pilihan ram sebesar 6GB dan 8GB, memori terbina 64/128GB/256GB, dwi-kamera 12MP+5P dengan sokongan Artificial Intelligent, kamera hadapan 20MP, bateri bersaiz 4,00mAh dengan sokongan Quick Charge 4.0+, skrin HD penuh bersaiz 5.99 inci dan bakal diperkenalkan dengan harga permulaan yang rendah.

Jika anda tidak meminati rekaan skrin yang mempunyai notch dibahagian atas seperti kami, peranti Pocophone ini bukan untuk anda memandangkan ia mempunyai notch seperti kebanyakkan peranti lain termasuk Google Pixel 3 XL yang akan diperkenalkan Oktober 2018 akan datang.

Baca : Google Pixel 3 – Ini Rupa Sebenar Peranti Google Tahun 2018

Pihak Xiaomi telah pun memperkenalkan jenama Pocophone ini secara rasmi melalui akaun sosial media mereka disamping hadir dengan teaser mengatakan Pocophone F1 bakal menjadi smartphone terpantas untuk tahun 2018.

Pocophone F1 secara asasnya dihasilkan setelah mendapati peranti flagship yang ada pada masa sekarang kurang inovasi serta dijual pada harga yang amat tinggi. Pesaing terdekat yang harus ditandingi? Sudah tentu OnePlus 6 yang kini menghuni takhta peranti terbaik dari segi kepantasan dan prestasi yang sukar untuk ditandingi termasuk dijual pada harga yang mampu milik.

sumber : GSMDome

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here