Spesifikasi Oppo F9 – Apa Kelebihan Smartphone Oppo Ini?

Oppo  F9 telah pun dipromosi secara berterusan oleh Oppo sejak seminggu dua ini. Bakal diperkenalkan pada 16 Ogos nanti, mari kita lihat apa spesifikasi penuh peranti terbaru daripada pihak Oppo kali ini. Adakah ia akan berjaya menarik minat pembeli ataupun sebaliknya.

Oppo terutamanya Oppo Malaysia masih belum mendedahkan spesifikasi rasmi secara keseluruhan akan tetapi maklumat mengenainya telah pun dikongsikan oleh beberapa penjual rasmi. Berikut merupakan spesifikasi smartphone tersebut :

Band 4G / LTE
Ukuran 156.7 x 74 x 8 mm (6.17 x 2.91 x 0.31 in)
Cip Pemprosesan Mediatek MT6771 Helio P60
Jumlah teras Octa Core
Saiz RAM 6 GB
Memori Dalaman 64GB
Micro SD Slot sokongan sehingga 256GB
Paparan Skrin 6.3 inci
Resolusi Skrin FULL HD+ 1080 x 2340 pixels
Kamera Utama dwi-kamera 16MP + 2MP
Kamera hadapan 25 megapiksel
Sistem Operasi Android Oreo
Sokongan sim Dwi-SIM
Aksesori AC Adaptor, USB Cable, Earphone
Kapasiti bateri Non-removable Li-Po 3500 mAh battery

Jadi apa kelebihan smartphone Oppo F9 kali ini ?

Jika dilihat dari apa yang OPPO Malaysia promosikan, smartphone ini mempunyai ciri-ciri menarik yang berupaya menarik minat pembeli. Oppo menyatakan Oppo F9 akan dilengkapi dengan fungsi pengecasan pantas VOOC yang memberikan 2 jam masa bercakap apabila dicas selama  5 minit.

Baca : Motorola P30 – Seakan iPhone Dengan Sistem Operasi Android

Pengecasan pantas pada peranti ini juga dilengkapi dengan ciri keselamatan yang tinggi, membenarkan smartphone digunakan termasuk bermain games ketika dicas. Ia akan turut mengurangkan masalah kepanasan melampau semasa pengecasan.

Oppo F9 juga hadir dengan rekaan skrin dilengkapi notch kecil dibahagian atas dimana mereka memanggilnya sebagai “water drop design”. Rekaan notch tersebut menempatkan kamera hadapan peranti tersebut. Essential PH-1 merupakan smartphone pertama yang hadir dengan rekaan notch kecil sebelum notch besar dipopularkan oleh Apple menerusi iPhone X mereka.

Kamera hadapan 25 megapiksel smartphone ini dilengkapi dengan fungsi Artificial Intelligent ataupun kecerdasan buatan, Beauty 2.0 termasuk mode HDR. Ini akan memberikan gambar yang lebih jelas diambil dalam keadaan kurang cahaya.

Dalam satu perkembangan lain, Oppo dikatakan akan turut melancarkan Oppo R17 menggunakan rekaan skrin notch yang sama di China dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 670, 6GB ram dan Android 8.0 Oreo.

Oppo F9 akan dilancarkan pada 16 Ogos 2018 dan Oppo dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenai harga peranti ini kelak. Sama-sama kita nantikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here