Spesifikasi Google Pixel 3 XL makin kerap diperkatakan berikutan video buka kotak atau unboxing smartphone flagship milik Google itu tersebar sejak awal minggu ini. Walaubagaimanapun, tidak banyak butiran mengenai spesifikasi sebenar Google Pixel 3 XL diperkatakan, selain daripada sistem operasi Andoid Pie dan cip pemprosesan Snapdragon 845 yang bakal digunakan.
Dalam maklumat terbaru yang tersebar, beberapa spesifikasi lain Google Pixel 3 telah pun dikongsikan, sekaligus melengkapkan apa yang peminat setia smartphone Google ingin ketahui. Ini bagaimanapun harus diingat bahawa segala yang dikongsikan buat masa ini ialah tidak muktamad.
GOOGLE PIXEL 3 XL |
|
SAIZ SKRIN | 6.7-inch 1440×2960 |
PROCESSOR | Qualcomm Snapdragon 845 |
RAM
MEMORI TERBINA |
4GB ram
64GB – Tidak menyokong sdcard |
KAMERA | 12 megapiksel (bukan dwi-kamera), 8 megapiksel bahagian hadapan. |
BATERI | 3,430 mAh |
SISTEM OPERASI | Android 9.0 Pie |
TARIKH PELANCARAN | 4 Oktober 2018 |
Spesifikasi ini diperoleh selepas blogger yang sama melakukan buka kotak Google Pixel 3 XL awal minggu ini, sekali lagi berkongsi maklumat spesifikasi smartphone tersebut.
Baca : Ulasan Xiaomi Pocophone F1 Dikeluarkan Sebelum Pelancaran
Jika dilihat pada spesifikasi yang dikongsikan, beberapa persoalan tercetus terutama keputusan Google untuk terus menggunakan ram sebesar 4GB disaat peranti lain termasuk di dalam kelas pertengahan menggunakan sekurangnya 6GB ram.
Kedua ialah saiz bateri yang sedikit lebih kecil, mencetuskan persoalan samada mampukah Google Pixel 3 XL bertahan untuk penggunaan berat dan berterusan. Paling banyak disebut ialah berkenaan “notch” yang ada pada smartphone tersebut yang kelihatan agak besar.
Baca : Honor View 10 Versi Baru Bakal Hadir – Apa Yang Best?
Kami mempunyai pendapat positif tersendiri dan akan berkongsi mengenainya dalam siri tech vlog terbaru di saluran Youtube rasmi soleheen.com. Nantikan.