Sony Xperia XA3 Bakal Hadir Dengan Snapdragon 660 ?

Sony Xperia XA3 merupakan sebuah lagi smartphone kelas pertengahan yang dikatakan akan diperkenalkan oleh Sony, dilengkapi dengan spesifikasi kelas pertengahan yang boleh dianggap premium.

Sony Xperia XA2

Maklumat tersebut dikongsikan oleh sebuah laman web teknologi menunjukkan sebuah peranti milik Sony dengan kod nama H4493 dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 660, sistem operasi Android 8.0 Oreo dan skrin 18:9 dengan resolusi 2160 x 1080 pixels. Sony H4493  dikatakan merupakan Sony Xperia XA3 yang akan diperkenalkan tidak lama lagi berserta beberapa model lain termasuk versi Ultra dan Plus.

Tidak banyak informasi yang tersebar, namun Xperia XA3 dikatakan akan menggunakan konsep rekaan yang sama seperti model Xperia XA2 terdahulu, sekaligus memberikan gambaran rupabentuk smartphone tersebut.

Baca : Smartphone Terbaik Untuk Youtube Menurut Youtube

Penggunaan Snapdragon 660 mungkin boleh dianggap ketinggalan untuk fasa lewat 2018 ini memandangkan penerus legasi SD660, iaitu Snapdragon 670 dan Snapdragon 710 telah pun diperkenalkan, menyokong sepenuhnya fungsi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligent.

Dalam satu perkembangan lain, pihak Sony Mobile telah pun mengeluarkan senarai rasmi smartphone terbaik mereka yang akan dikemaskini kepada Android 9.0 Pie. Antara peranti kelas pertengahan yang akan dikemaskini ialah daripada siri Sony Xperia XA2.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here