Sony Keluarkan Panduan Hasilkan Custom Rom Android Pie Untuk Xperia

Jika sebelum ini pihak Sony telah pun mengeluarkan senarai peranti terbaik mereka yang akan dikemaskini kepada Android Pie, kini mereka dilihat mengeluarkan panduan untuk membina custom rom Android Pie pula untuk pengguna yang berminat.

Di dalam senarai kemaskini rasmi Android Pie Sony, sejumlah enam peranti disenaraikan dan itu tidak termasuk peranti kelas pertengahan mereka. Langkah mengeluarkan panduan custom rom ini dilihat mampu mengukuhkan kedudukan mereka di dalam arena smartphone Android. Berikut ialah smartphone yang terpilih :

Xperia Touch (G1109)
Xperia X Compact (F5321)
Xperia X Performance (F8131)
Xperia X Performance Dual (F8132)
Xperia X (F5121)
Xperia X Dual (F5122)
Xperia XA2 (H3113)
Xperia XA2 Dual (H4113)
Xperia XA2 Ultra (H3213)
Xperia XA2 Ultra Dual (H4213)
Xperia XZ1 Compact (G8441)
Xperia XZ1 (G8341)
Xperia XZ1 Dual (G8342)
Xperia XZ Premium (G8141)
Xperia XZ Premium Dual (G8142)
Xperia XZ (F8331)
Xperia XZ Dual (F8332)
Xperia XZs (G8231)
Xperia XZs Dual (G8232)

Sebelum ini juga pihak Sony dianggap antara pengeluar smartphone paling mesra pembangun apabila mereka menyokong pelbagai program berkaitan custom rom untuk peranti yang dikeluarkan. Kebanyakkan peranti milik Sony juga mesra program Android beta milik Google, sekaligus boleh dianggap berbaloi untuk memiliki peranti Sony Xperia.

Anda boleh lawati pautan dibawah jika berminat untuk mencuba membangunkan rom sendiri untuk Xperia. Pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas bagi mengelakkan masalah timbul.

Apa yang pasti, perkara seumpama ini bakal merancakkan lagi dunia pembangunan Android dan memberi peluang peranti kelas bawahan untuk merasai sistem operasi terbaru Google.

Panduan Custom Rom Android Pie Xperia

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here