Smartphone Terbaik Untuk Youtube Menurut Youtube

Smartphone terbaik untuk menonton Youtube, tiada siapa pernah terfikir mengenai perkara ini, smartphone apa yang terbaik untuk tonton Youtube akan menjadi satu faktor yang dipertimbangkan ketika pemilihan smartphone pada masa akan datang. Ia mungkin juga akan dijual sebagai gimik oleh syarikat smartphone bagi menarik minat pembeli.

Perkara ini merupakan realiti selepas pihak Youtube telah pun mengeluarkan senarai yang menurut mereka terbaik untuk digunakan sebagai peranti menonton video-video di saluran mereka.

Sejumlah 18 peranti terbaik disenaraikan oleh Youtube Device Report dan tiada iPhone yang termasuk dalam senarai tersebut. Penilaian tersebut dibuat berdasarkan beberapa faktor yang anda boleh lihat di dalam gambar dibawah.

Ini merupakan sebahagian daripada program terbaru pihak Youtube yang memberi pengiktirafan kepada peranti terbaik untuk menonton video yang dipanggil  Signature Device. Untuk terpilih sebagai  Signature Device, kesemua kriteria diatas perlu dipenuhi oleh smartphone tersebut.

Baca : Samsung Galaxy Note 9 Di Malaysia – Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Antara peranti yang tersenarai ialah Samsung Galaxy Note 9, Sony Xperia XZ2 Premium, HTC U12+, OnePlus 6, LG G7 ThinQ, Xiaomi Mi 8, Nokia 8 Sirocco, Xiaomi Mi Mix 2S, Samsung Galaxy S9 dan beberapa peranti lain termasuk Google Pixel 2.

sumber | Youtube Device Reports

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here