Senarai smartphone terbaik Nokia yang akan dikemaskini kepada Android 9.0 Pie telah pun dikongsikan oleh pihak Nokia melalui jawapan kepada peminat mereka di Twitter. Mengikut jejak langkah yang sama, Sony dan HTC turut mengumumkan senarai smartphone flagship mereka yang akan menerima kemaskini Android 9.0.
Nokia sejak kembali serius dalam arena dunia peranti pintar dilihat begitu komited dalam menyediakan hanya yang terbaik buat pengguna. Kebanyakkan smartphone mereka menerima kemaskini berkala dan tidak mengambil masa yang lama untuk dikeluarkan. Syarikat ini juga mempunyai sebuah peranti di dalam program Android Beta, menyaksikan ia sebagai peranti terawal yang menerima Android 9.0 Pie.
Berikut ialah senarai peranti terbaik Nokia yang terpilih untuk dikemaskini. Untuk pengetahuan anda, peranti Nokia kebanyakkannya ( terutama peranti flagship ) akan menerima jaminan kemaskini selama dua tahun dari tahun peranti tersebut dikeluarkan.
Baca : Xiaomi Pocophone F1 Bakal Ditawarkan Di Malaysia?
TELEFON PINTAR | SPESIFIKASI |
Nokia 8 Sirocco |
Saiz Skrin: 5.5 inci 1(440 x 2560 pixels, 16:9 ratio (~534 ppi density)) Prosessor : Qualcomm Snapdragon 835 Ram : 6GB ram Memori : 128gb (scdcard -tiada) Kamera : Dwi -kamera 12mp+13mp | Kamera hadapan 5 megapiksel. Versi Android : Android 8.0 (Oreo) Bateri : Li-Ion 3260 mAh Harga Semasa : Tidak ditawarkan |
Nokia 8 |
Saiz Skrin: 5.3 inci (1440 x 2560 pixels, 16:9 ratio (~554 ppi density) Prosessor : Qualcomm Snapdragon 835 Ram : 4GB/6GB Ram Memori : 64GB/128GB (sdcard 512GB) Kamera : Dwi-kamera 13 Megapiksel, kamera hadapan 13 megapiksel Versi Android : Android 8.0 (Oreo) Bateri : 3090mAh Harga Semasa : RM1800 ver 4GB ram (Nokia Malaysia) |
Nokia 7 Plus |
Saiz Skrin: 6 inci (1080 x 2160 pixels, 18:9 ratio (~403 ppi density) Prosessor : Qualcomm Snapdragon 660 Ram : 4GB Ram Memori : 64GB (sdcard 256GB) Kamera : Dwi-kamera 12 + 13 Megapiksel + kamera hadapan 16 Megapiksel Versi Android : Android 8.0 Oreo Bateri : Li-Ion 3800 mAh Harga Semasa : RM1600 (Nokia Malaysia) |
Nokia 6 |
Saiz Skrin: 5.5 inci (1080 x 1920 pixels, 16:9 ratio (~403 ppi density) Prosessor : Snapdragon 430 Ram : 3GB/4GB Memori : 32GB/64GB (sdcard 256GB) Kamera : 16MP / 8MP Hadapan Versi Android : Android 8.0 (Oreo) Bateri : 3000mAh Harga Semasa : RM850 ver 3GB ram (Nokia Malaysia) |
Nokia 5 |
Saiz Skrin: 5.2 inci (720 x 1280 pixels, 16:9 ratio (~282 ppi density) Prosessor : Qualcomm Snapdragon 430 Ram : 2GB/3GB Ram Memori : 16GB (sdcard 256GB) Kamera : 13 Megapiksel + kamera hadapan 8 Megapiksel Versi Android : Android 8.0 Oreo Bateri : Li-Ion 3000 mAh Harga Semasa : RM660 (Nokia Malaysia) |
Nokia 3 |
Saiz Skrin: 5 inci (720 x 1280 pixels, 16:9 ratio (~294 ppi density) Prosessor : Mediatek MT6737 Ram : 2GB Memori : 16GB (sdcard 256GB) Kamera : 8MP / 8MP Hadapan Versi Android : Android 8.0 (Oreo) Bateri : 2700mAh Harga Semasa : RM500 (Nokia Malaysia) |
Hi, the Android Pie is currently available for the Nokia 3, 5, 6 and 8, roll-out will be phased as usual to secure quality delivery.
— Nokia Mobile (@NokiaMobile) August 7, 2018
Jika dilihat daripada senarai yang dikongsikan, Nokia tidak mengabaikan peranti kelas pertengahan mereka dan tetap mengemaskini smartphone tersebut kepada sistem operasi terbaru Google. Ini sekaligus akan menguatkan kepercayaan penggguna terhadap jenama mereka.
Baca : Kenapa Anda Wajib Pastikan Smartphone Anda Sentiasa Dikemaskini
Dalam satu perkembangan lain, Nokia 8 turut terpilih sebagai salah sebuah smartphone terbaik untuk menonton video yang dikenali sebagai “Signature Device” oleh Youtube. Smartphone tersebut turut tersenarai sebagai peranti yang disokong oleh game terbaik masa kini, Fortnite.