Senarai smartphone terbaik HTC yang akan dikemaskini kepada Android 9.0 Pie akhirnya didedahkan kepada umum sekaligus menunjukkan komitmen pihak HTC dalam mengemaskini peranti yang dikeluarkan.
Empat smartphone tersenarai dimana kesemuanya merupakan peranti flagship mereka dan salah sebuah daripadanya merupakan peranti dalam Program Android One dibawah Google. Rujuk jadual yang kami sediakan dibawah untuk melihat spesifikasi ringkas smartphone HTC yang akan menerima kemaskini Android 9.0 Pie.
TELEFON PINTAR | SPESIFIKASI |
HTC U11 Life | *Merupakan smartphone kelas pertengahan dibawah program Android One yang telah pun dijanjikan kemaskini Android Pie oleh pihak Google sendiri. Saiz Skrin: 5.2 inci (1080p, 424 ppi ) Prosessor : Qualcomm Snapdragon 630 Ram : 3GB/4GB ram Memori : 32/64gb (scdcard 512GB) Kamera : 16 Megapiksel + 16 Megapiksel Versi Android : Android 8.0 (Oreo) Bateri : Li-Ion 2600 mAh Harga Semasa : Tidak ditawarkan di Malaysia |
HTC U12+ |
*Merupakan smartphone flagship terbaik milik HTC dilengkapi spesifikasi tinggi dengan prestasi yang cukup cemerlang. Saiz Skrin: 6 inci (1440 x 2880 pixels, 18:9 ratio (~537 ppi density) Prosessor : Qualcomm Snapdragon 845 Ram : 6GB Ram Memori : 64/128 GB (sdcard 512GB) Kamera : Dwi-kamera 12+16mp, Dwi-kamera hadapan 8+8mp Versi Android : Android 8.0 (Oreo) Bateri : 3500mAh Harga Semasa : RM3599 (HTC Malaysia) |
HTC U11 |
*Merupakan smartphone flagship untuk tahun 2017 yang dilengkapi Snapdragon 835. Saiz Skrin: 5.5 inci (1440 x 2560 pixels, 16:9 ratio (~534 ppi density) Prosessor : Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835 Ram : 4GB/6GB Ram Memori : 64GB/128GB (sdcard 512GB) Kamera : 12 Megapiksel + kamera hadapan 16 Megapiksel Versi Android : Android 7.1 (Nougat) Bateri : Li-Ion 3000 mAh Harga Semasa : RM2599 (HTC Malaysia) |
HTC U11+ |
*Merupakan kemaskini kepada HTC U11 tanpa sebarang perbezaan yang ketara kecuali pada saiz skrin dan bateri. Merupakan peranti flagship HTC dengan saiz bateri terbesar. Saiz Skrin: 6 inci (1440 x 2880 pixels, 18:9 ratio (~537 ppi density) Prosessor : Snapdragon 835 Ram : 4GB/6GB Ram Memori : 64GB/128GB (sdcard 512GB) Kamera : 12MP / 8MP Hadapan Versi Android : Android 8.0 (Oreo) Bateri : 3930mAh Harga Semasa : RM2899 6GB ver (HTC Malaysia) |
Buat masa ini, HTC masih belum berkongsi mengenai tarikh tepat kemaskini Android 9.0 Pie akan dikeluarkan dan berjanji akan mengumumkannya sebaik sahaja ia diketahui. Nasib peranti kelas pertengahan mereka yang lain juga buat masa ini masih samar.
Bagi yang tertanya-tanya mengenai fungsi terbaru Android 9.0 ini, anda boleh ikuti artikel kami mengenai Android 9.0 Pie – Perkara Yang Anda Perlu Tahu dimana kupasan ringkas telah pun dikongsikan mengenainya.
sumber : Twitter Rasmi HTC