Samsung Galaxy Note 9 di Malaysia dijadualkan akan tiba seawal minggu hadapan apabila pihak media telah pun menerima jemputan ke acara pengenalan peranti terbaru milik Samsung dalam siri Note mereka. Peranti Note ini merupakan siri tercanggih milik Samsung yang hadir dengan spesifikasi mengkagumkan termasuk prestasi yang sukar ditandingi oleh jenama lain.
Ini perkara yang anda patut tahu mengenai Samsung Galaxy Note 9 memandangkan ianya telah pun dilancarkan secara rasmi hari ini. Beberapa perkara ditambahbaik berbanding siri Galaxy Note yang lepas.
Lebih Berkuasa, Gaming kini tidak menjadi masalah.
Jika dilihat pada spesifikasi yang digunakan, Galaxy Note 9 dihasilkan bagi memastikan pengguna tidak akan lagi kecewa dengan produk Galaxy Note mereka, tidak seperti Note 7 yang lepas.
Baca : Harga Samsung Galaxy Note 9 Di Malaysia – Pra Tempahan Dibuka
Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan 10nm Samsung Exynos 9810, ram sebesar 8GB dan 6GB, skrin 6.4 inci QHD+ , bateri bersaiz 4,000mAh yang mampu bertahan penggunaan sepanjang hari, memori dalaman terbina sebesar 512GB (!) dan 128GB termasuk sokongan sdcard sehingga 512GB, dwi-kamera 12MP+12MP dengan kecerdasan buatan terbina dengan ciri yang tidak dijumpai pada peranti lain, 8 megapiksel di bahagian hadapan, termasuk Android 8.1 Oreo dengan jaminan kemaskini Android 9.0 Pie dalam masa terdekat.
Galaxy Note 9 | |
---|---|
Sistem Operasi | Android 8.1 Samsung Experience |
Processor | Samsung Exynos 9810 \ Qualcomm Snapdragon 845 |
Paparan Skrin | 6.4-inch Quad HD+ Super AMOLED, 2960×1440 (516ppi) |
Memory | 6GB RAM (LPDDR4), 128GB + MicroSD slot (up to 512GB) 8GB RAM (LPDDR4), 512GB + MicroSD slot (up to 512GB) |
Kamera | Utama : Dual Camera with Dual OIS (Optical Image Stabilization) – Wide-angle: Super Speed Dual Pixel 12MP AF, F1.5/F2.4, OIS – Telephoto: 12MP AF, F2.4, OIS – 2X optical zoom, up to 10X digital zoom Hadapan : 8MP AF, F1.7 |
Bateri | 4000mAh Fast charging Fast wireless charging |
Network | Enhanced 4×4 MIMO, 5CA, LAA, LTE Cat.18 |
Sambungan | Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac Bluetooth 5.0 NFC, MST |
Ciri-Ciri lain | Fingerprint scanner Facial recognition Iris scanner |
Pilihan Warna | Midnight Black, Lavender Purple, Metallic Copper, Ocean Blue |
Sesuai dengan spesifikasi yang digunakan, Samsung Galaxy Note 9 boleh dianggap sebagai peranti gaming dan ia akan hadir dengan permainan mudah alih terkenal, Fortnite terbina.
S-Pen Kini Lebih Berkuasa
Peranti siri Note milik Samsung sinonim dengan penggunaan S-Pen yang pada mulanya hanya berfungsi untuk mengambil nota menggunakan smartphone. Kini ia telah dikemaskini dengan fungsi yang lebih hebat termasuk menjadi alat kawalan Samsung Galaxy Note 9. Sesuatu yang boleh dianggap sangat berguna sebenarnya.
Samsung DEX
Antara ciri lain Samsung Galaxy Note 9 ialah ia mampu menjadi komputer peribadi anda dengan hanya menyambungkan peranti tersebut kepada monitor. Berita baik nya ialah, Note 9 hanya memerlukan kabel adapter bersaiz kecil yang perlu disambung kepada monitor. Pengguna turut boleh menggunakan peranti tersebut sebagai alat kawalan ataupun gunakan fungsi smartphone seperti biasa ketika disambungkan kepada monitor.
Baca : Samsung Galaxy Note 9 vs Galaxy Note 8 – Sengit!
Pelancaran Di Malaysia
Peranti ini akan dilancarkan di Malaysia dan tempahan juga dijangka akan dibuka pada minggu hadapan bersamaan 15 Ogos 2018. Harga jangkaan bagi peranti ini ialah sekitar RM3700 untuk model asas dan mencecah RM4600 untuk model dengan memori dalaman 512GB.