Samsung Galaxy Note 9 512GB Di Malaysia Habis Ditempah

Samsung Galaxy Note 9 ternyata mempunyai aura tersendiri apabila model dengan memori terbina sebesar 512GB peranti tersebut telah habis ditempah oleh pembeli Malaysia. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh piha Samsung Malaysia melalui laman sosial media mereka.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Note 9 dijual pada harga rasmi RM4599 bagi model 512GB dan RM3699 bagi model 128GB. Pembeli terawal yang menempah smartphone tersebut akan turut menerima jam tangan pintar Samsung Gear Sport disamping beberapa aksesori lain.

Siri terbaru dalam Galaxy Note tersebut menerima respon positif kebanyakkan peminat Android smartphone walaupun ada yang menganggap ianya hanyalah overhype. Untuk rekod, Galaxy Note 9 dilengkapi spesifikasi tercanggih dimana sokongan S-Pen kini lebih baik, bateri dan skrin yang lebih besar.

Berikut merupakan kelebihan Samsung Galaxy Note 9 berbanding model terdahulu, Samsung Galaxy Note 8.

1- Skrin Super Amoled yang lebih besar
2- S-Pen yang ditambahbaik menjadi alat kawalan menggunakan Bluetooth
3- Cip pemprosesan 10nm yang lebih pantas(Exynos 9810 untuk pasaran Global)
4- Ram lebih besar iaitu 8GB ram.
5- Kamera dual-aperture untuk keupayaan mengambil gambar lebih baik
6- Memori terbina lebih besar iaitu 512GB dengan sokongan sdcard 512GB
7- Jaminan kemaskini selama dua tahun menjadikan Galaxy Note 9 akan mendapat Android Q.
8- Saiz bateri yang lebih besar, 4000mAh.
9- Ciri-ciri tambahan yang lebih baik seperti Intelligent Scan, Super Slo-Mo 960fps, AR Emoji terbina, termasuk DeX Mode yang lebih baik tanpa adapter besar.

Baca : Ini Spesifikasi Google Pixel 3 XL Sebelum Dilancarkan

Semakan kami pada laman web tempahan Galaxy Note 9 mendapati kini hanya model 128GB sahaja yang ditawarkan. Tiada maklumat rasmi dikongsikan samada stock akan ditambah ataupun tidak untuk pra-tempahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here