Oppo R17 Bakal Dilancarkan – Apa Kelebihan Peranti Oppo Kali Ini?

Oppo R17 , apa kelebihan peranti oppo kali ini? Sebuah lagi peranti Oppo yang dilihat mempunyai banyak kelebihan jika diteliti daripada spesifikasi yang digunakan oleh peranti tersebut. Walaupun belum lagi dilancarkan secara rasmi, segala informasi mengenai peranti terbaru OPPO iaitu R17 telah pun dikongsikan di laman web rasmi mereka.

R17 dilengkapi dengan cip pemprosesan 10nm Snapdragon 670, sebuah cip pemprosesan kelas pertengahan yang baru sahaja dilancarkan, ram sebesar 8GB, skrin lengkap dengan notch kecil diatas bersaiz 6.4-inch (2280×1080), sistem operasi Android 8.1 Oreo berasaskan ColorOS 5.1, kamera hadapan 25 megapiksel manakala dwi-kamera utama dipercayai 16 megapiksel di bahagian belakang. Oppo R17 juga dilengkapi dengan bateri bersaiz 3,500mAh dan fungsi pengecasan pantas VOOC, sedikit lebih besar berbanding model R15 terdahulu.

Baca : Senarai Smartphone Terbaik HTC Yang Akan Terima Android Pie

Kelebihan utama peranti R17 ini ialah pengimbas cap jari nya yang terletak dibahagian bawah skrin sama seperti Vivo Nex dan Vivo X21. Ia dikatakan mampu membuka skrin pada dalam masa dibawah satu saat, atau lebih tepat iaitu 0.41 saat. Smartphone ini juga hadir dengan rekaan bezel yang sangat nipis.

Tarikh pelancaran dan jualan rasmi dijangka akan bermula pada 18 Ogos ini dengan dua pilihan warna ditawarkan iaitu Twilight Blue dan Starry Purple. Tiada maklumat rasmi dikongsikan mengenai harga rasmi Oppo R17 buat masa ini.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here