Muat Turun Fortnite Untuk Smartphone Selain Samsung – Akses Dibuka

Muat turun Fortnite untuk smartphone selain Samsung kini tidak mustahil selepas akses kepada permainan tersebut dibuka melalui jemputan email.Fortnite ketika diumumkan semasa pelancaran Samsung Galaxy Note 9 dahulu hanya boleh dicuba oleh pengguna Samsung sahaja. Kini, pembangun game tersebut telah mengumumkan sejumlah peranti Android yang disokong oleh Fortnite.

Jika anda menggunakan peranti dibawah, Fortnite boleh dimuat turun dengan cara mendaftar minat melalui pautan yang disediakan dibawah, tunggu jemputan dari pihak pembangun dan boleh terus mencuba game tersebut sebaik sahaja jemputan disahkan. Pastikan anda menggunakan email sebenar ketika mendaftar minat.

Baca : Xiaomi Pocophone F1 Bakal Ditawarkan Di Malaysia?

  • Samsung Galaxy: S7 / S7 Edge , S8 / S8+, S9 / S9+, Note 8, Note 9, Tab S3, Tab S4
  • Google: Pixel / Pixel XL, Pixel 2 / Pixel 2 XL
  • Asus: ROG Phone, Zenfone 4 Pro, 5Z, V
  • Essential: PH-1
  • Huawei: Honor 10, Honor Play, Mate 10 / Pro, Mate RS, Nova 3, P20 / Pro, V10
  • LG: G5, G6, G7 ThinQ, V20, V30 / V30+
  • Nokia: 8
  • OnePlus: 5 / 5T, 6
  • Razer: Phone
  • Xiaomi: Blackshark, Mi 5 / 5S / 5S Plus, 6 / 6 Plus, Mi 8 / 8 Explorer / 8SE, Mi Mix, Mi Mix 2, Mi Mix 2S, Mi Note 2
  • ZTE: Axon 7 / 7s, Axon M, Nubia / Z17 / Z17s, Nubia Z11

Baca : Oppo R17 Bakal Dilancarkan – Apa Kelebihan Peranti Oppo Kali Ini?

Buat masa ini, peranti HTC, Sony Xperia dan Motorola dibawah Lenovo dilihat masih tidak disokong dan berkemungkinan akan menerima sokongan game tersebut apabila ia keluar daripada versi Beta kelak. Kesemua peranti yang disenaraikan merupakan smartphone flagship setiap jenama dilengkapi spesifikasi canggih khusus untuk permainan mudah alih.

Pihak pembangun Fortnite, iaitu EpicGames turut menyatakan di halaman rasmi mereka bahawa secara asasnya, setiap peranti yang menggunakan Android 5.0 Lollipop keatas, minima 3GB ram keatas serta menggunakan gpu sekurang-kurangnya Adreno 530.Mali-G71 MP20 dan Mali-G72 MP12 keatas, boleh mencuba permainan ini.

Honor Play yang dilengkapi dengan teknologi GPU Turbo turut dilihat tersenarai, namun tidak pasti samada teknologi yang menjadikan peranti tersebut sebagai sebuah smartphone gaming, menyokong atau tidak game Fortnite ini.

Muat turun Fortnite

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here