Motorola P30 Kini Rasmi – Tiada Lagi Antaramuka Stock Android

Jika semalam berita mengenai Motorola P30 tersebar menunjukkan rekaan sebenar peranti tersebut, ia akhirnya diperkenalkan secara rasmi hari ini  dengan spesifikasi lengkap termasuk harga yang akan ditawarkan buat pengguna.

Motorola P30 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.2 inci IPS LCD panel, cip pemprosesan Snapdragon 636, 6GB ram, pilihan memori dalaman 64GB atau 128GB dengan sokongan sdcard sebesar 256GB,  dwi-kamera utama 16 megapiksel + 5 megapiksel, kamera hadapan 5 megapiksel termasuk bateri sebesar 3,000mAh.

Baca : Kenapa Google Pixel 3 XL Dilengkapi Notch?

Apa yang menarik perhatian ialah smartphone tersebut kini dilengkapi dengan sistem operasi Android 8.1 Oreo dengan antaramuka ZUI 4.0 dan tidak lagi menggunakan antaramuka Android asal seperti smartphone motorola sebelum ini.  ZUI 4.0 merupakan antaramuka terbaru milik Lenovo yang sebelum ini digunakan pada peranti ZUK dan terbaru ialah Lenovo Z5. Memandangkan Motorola kini merupakan milik Lenovo, penggunaan ZUI 4.0 adalah dijangka.

Motorola P30 turut dilengkapi dengan bicu audio ataupun audio jack pada bahagian atas, fungsi pengecasan pantas USB Type-C dengan sokongan pengecas 18W, pengimbas cap jari pada bahagian belakang dengan logo motorola dan hadir dalam 3 pilihan warna, iaitu hitam, putih berserta Aurora seperti Huawei P20 Pro.

Baca : Spesifikasi Oppo F9 – Apa Kelebihan Smartphone Oppo Ini?

Menyentuh mengenai sola harga, buat masa ini ia hanya ditawarkan di China pada harga bermula CNY1999 (RM1183) bagi versi 6GB ram / 64GB memori dan CNY2099 (RM1242) . Motorola P30 berkemungkinan akan turut ditawarkan untuk pasaran Global apabila ia dijangka diperkenalkan di acara IFA Berlin kelak.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here