Motorola P30 – Seakan iPhone Dengan Sistem Operasi Android

Motorola P30 hari ini mencetuskan reaksi berbeza peminat Android smrtphone apabila maklumat berserta imej peranti tersebut tersebar lebih awal sebelum pelancaran. Apa yang “mengejutkan” ialah konsep rekaan yang digunakan Motorola untuk Moto P30 ini.

Sekali pandang, anda akan menyedari bahawa ianya merupakan iPhone X dan sepuluh kali pandang, anda akan menyedari bahawa ianya adalah iPhone X dengan gabungan konsep daripada Huawei P20 termasuk penggunaan nama P30 oleh Motorola.

Baca : Xiaomi Pocophone F1 Lebih Pantas Dari Peranti Flagship Lain?

Tak banyak maklumat dikongsikan mengenai spesifikasi Motorola P30, ia berkemungkinan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 636, ram sebesar 6GB, pilihan memori terbina 64GB/128GB, skrin 6.2 inci dilengkapi notch,  dwi-kamera utama 16 megapiksel + 5 megapiksel, kamera hadapan 12 megapiksel dengan sokongan A.I dan bateri bersaiz 3,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Baca : Bateri Samsung Galaxy Note 9 Cukup Selamat – CEO

Rasa familiar?

Motorola P30 akan diperkenalkan hari ini dan dijangka akan turut hadir dengan rekaan belakang lutsinar seperti Xiaomi Mi 8 Explorer Edition. Maklumat yang tersebar menunjukkan ia mungkin ditawarkan pada harga sekitar CNY1999 (RM1190+-).

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here