Huawei Mate 20 Lite – Ini Rupa Smartphone Terbaru Huawei

Huawei Mate 20 Lite merupakan peranti kelas pertengahan terbaru milik Huawei yang dijangka akan dilancarkan bersama-sama dengan sebuah lagi peranti flagship mereka iaitu Huawei Mate 20 Pro. Jika dilihat dari imej yang tersebar, rekaan Huawei Mate 20 Lite ini tidak jauh berbeza dengan Huawei Nova 3 yang baru sahaja dilancarkan.

 

Seperti kebanyakkan siri peranti Lite, Mate 20 Lite dijangka akan menggunakan spesifikasi kelas pertengahan termasuk cip pemprosesan Hisilicon Kirin 710, 6GB ram, memori dalaman sebesar 64GB dengan sokongan sdcard dan turut mempunyai 4 kamera, dwi-kamera utama dengan resolusi 20 megapiksel dan dwi-kamera hadapan beresolusi 24 megapiksel + 2 megapiksel.

Baca : Senarai Smartphone Terbaik Sony Yang Akan Terima Android Pie

Smartphone ini turut menggunakan rekaan nipis dilengkapi dengan bateri sebesar 3650mAh. Kedudukan kamera Huawei Mate 20 Lite ini terletak secara menegak dibahagian tengah yang turut disertai dengan pengimbas cap jari dibawahnya. Rekaan yang sama boleh dilihat pada smartphone flagship terbaru dibawah Xiaomi yang menggunakan jenama Pocophone F1.

Huawei Mate 20 Lite akan hadir dengan skrin dilengkapi notch dibahagian atas termasuk mempunyai audio jack bersebelahan tempat pengecasan. Menyentuh mengenai soal harga, ia dijangka akan ditawarkan pada harga sekitar $454 kira-kira RM1800 di dalam ringgit Malaysia.

sumber | via

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here