Honor View 10 Versi Baru Bakal Hadir – Apa Yang Best?

Honor View 10 ketika diperkenalkan awal dahulu dilengkapi dengan spesifikasi tinggi dimana ia menggunakan cip pemprosesan tercanggih milik HiSilicon Kirin, iaitu Kirin 970. Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai Kirin 970, ia boleh diletakkan sebaris dengan cip pemprosesan Snapdragon 845 dan juga Samsung Exynos 9810 yang merupakan processor flasghip untuk Qualcomm dan Samsung.

Dua variasi diperkenalkan, versi 4GB ram dan juga 6GB ram dan Honor Malaysia telah pun menawarkan versi 6GB ram / 128GB memori terbina untuk pengguna di negara ini. Dalam satu perkembangan terbaru, Honor bakal menawarkan Honor View 10 versi baru dilengkapi dengan pilihan ram sebesar 8GB.

Tiada perbezaan ketara dari segi spesifikasi yang lain. Ia akan kekal menggunakan HiSilicon Kirin 970, EMUI 8 berasaskan Android 8.0 Oreo, dwi kamera 16 MP + 20 MP B/W, paparan skrin penuh sebesar 5.99 inci dan bateri sebesar 3750mAh yang dipuji prestasi cemerlangnya.

Baca : Harga Honor Play Di Malaysia RM1249 – Apa Kelebihan Smartphone Ini?

Honor 10 View dengan 8GB ram ini akan mula dijual di China pada 14 Ogos ini namun tiada maklumat dikongsikan berkaitan harga rasmi peranti tersebut. Di Malaysia, Honor View 10 dengan pilihan 6GB ram dan memori terbina 128GB dijual pada harga RM1750.

sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here